Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum wbh kepada semua pembaca Laman Emjay yang dikasihi.
Alahmdulillah kini Laman Emjay sudah berusia lebih 6 bulan semenjak dilancarkan pada 4 November 2006. Alhamdulillah dengan rahmatNya Laman Emjay berada ditahap hari ini. Terima kasih wahai Ya Allah.
Laman Emjay ditubuhkan dengan misi Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional. Sesungguhnya saya hanya ada satu pilihan sahaja iaitu mengatakan yang hak walau pun tidak disukai oleh setengah pihak.
Segala sokongan dari pembaca sekelian terutamanya, ah begitu ramai sekali sehingga saya takut menyebutnya kerana takut ada tertinggal nama, saya mengucapkan jutaan terima kasih dan semoga Allah sahaja yang membalasnya.
Pada 16 November 2006 saya telah upload artikel dari TKO bertajuk Berusaha melalui bomoh / dukun / para normal. Pengunjung berdaftar yang membaca artikel ini tidak ramai. Sehingga hari ini cuma 16 orang sahaja. Berbanding artikel JANGAN MAKAN SARDIN yang mendapat kunjungan seramai 64 orang semenjak 6 Mei 2007. Artikel terbaru berjodol Bomoh semakin berani atau ulamak semakin lesu!!!!!!!!!!! mendapat pengunjung yang tinggi seramai 42 orang dengan hit sebanyak 132 kali sehingga saat ini. (data ini hanya merujuk data pengunjung yang berdaftar dengan Multiply. Data sebenar adalah lebih besar kerana sebahagian besar pengunjung masih belum berdaftar dengan Multiply).
Pada hari 11 Mei 2007 artikel Berusaha melalui bomoh / dukun / para normal telah mendapat satu reply dari sdr awieps 89. Alhamdulillah saya telah menjawapnya juga pada hari yang sama. Pada hari ini artikel yang sama Berusaha melalui bomoh / dukun / para normal telah mendapat satu lagi reply menarik dari saudara kita akukesal. Alhamdulillah juga saya telah menjawap reply sdr akukesal tersebut.
Memandangkan reply yang telah dihantarkan pembaca laman emjay ini sangat menarik dan artikel / thread ini tidak berapa dikunjungi pembaca, maka saya mengambil keputusan untuk copy paste pada artikel terbaru kali ini. Sangat banyak perkara boleh dijadikan sebagai iktibar kepada kita semua dan sememangnya sekarang ini sedang hangat dibincangkan hal-hal berkaitan perbomohan di laman Emjay.
Berikut adalah reply serta jawapan berkaitan artikel tersebut sebagai iktibar:
~~~~~~~~~~~~~~~~
awieps89 wrote on May 11
MJ...ayah sy kerap sgt pegi jmpe bomoh dgn tjuan utk berubat..tapi x pernah pun dia bawak blk tangkal n azimat..alhamdulillah,penyakit dia 2 pulih..tapi selang 2 3 ari,benda 2 datang blk..so umah bomoh 2 mcm dah jadi umah ke-2 dia..sy nk nasihat,xreti.. camne r???
emjayjb wrote on May 11, edited on May 11
Bomoh tu guna khidmat syaitan. Bila orang berubat dengan bomoh ini, syaitan berusaha membantu bomoh dan pesakit ini melalui sihirnya untuk seolah-olah menghilangkan penyakit pada pesakit. Namun ia bukan penyembuhan yang kekal (macam pain killer sahaja) tetapi sekadar menghilangkan sakit untuk tempuh pendek antara beberapa hari hingga paling lamanya sekitar sebulan. Selepas tempuh ini, penyakit asal akan timbul semula. Inilah namanya permainan silap mata para bomoh bersama pembantu mereka syaitan.
Boleh dikatakan sebarang rawatan sejenis dengan kaedah ini memang menghasilkan kesan yang menakjubkan secara segera namun semuanya semata-mata tipu daya syaitan. Contoh lain adalah rawatan guna ilmu kuasa minda dan oleh tabib Cina akupuntur. Memang kesan "pulihnya" sangat segera tetapi selepas beberapa hari penyakit asal datang semula. Akupuntur juga adalah satu bentuk rawatan guna sihir oleh bomoh Cina.
Untuk nasihat ayah tu, mulakanlah dengan solat hajat 2 rakaat dan berdoalah kepada Allah mohon kemudahan dan kekuatan untuk melaksanakannya. Ayah kalau kaki bomoh, rumah jadi porak peranda. Ayah ibu kerap gaduh dan adik beradik juga kerap bergaduh dan berselisih faham. Nanti antara ayah dengan anak-anak pun berselisih faham. Begitulah antara azab Allah.
Sekian Wassalam wallahualam.
Emjay
akukesal wrote today at 5:29 AM
Assalamualaikum Ustaz,
Saya kerap melawat laman ini, dan tulisan ustaz banyak membantu menyedarkan saya dengan tipu daya manusia yang bergelar bomoh.
Harap tulisan/pengalaman saya ini memberi manfaat kepada pembaca2 di luar sana.
Saya mempunyai banyak pengalaman dengan pengamal2 perubatan tradisional termasuk mereka yg mengaku berdamping dengan wali2 sembilan kemudiannya panglima2 dan puteri2.
Saya dan isteri dan beberapa teman yg rapat , di atas ujian Allah, telah di sihir akibat persaingan perniagaan, terdesak untuk berubat maka kami di perkenalkan oleh rakan2 lain yg bersimpati dengan kami dengan pengamal2 perubatan ini.
Dan kami pula, di atas kononnya keberkesanan cara perubatan ini telah memperkenalkan pula kepada rakan2 senasib yg juga mangsa sihir (semoga Allah akan menyedarkan rakan2 kami ini).
Terlalu banyak yg kami lalui, sepanjang 1 tahun lebih berubat, kesimpulannya sakit yg lama pergi hanya sementara, tetapi penyakit dan musibah yg baru datang bertimpa2.
Di awal perubatan kami disuruh bersembahyang hajat, membaca doa2 tertentu, nampak semuanya berlandaskan agama islam berlandaskan al-quran, dan beberapa lama kemudian setelah kami menjadi rapat (boleh kata taksub) dan menjadi murid/pelajar yg istimewa, kami dibekalkan dengan amalan2 doa yg diambil secara diijazahkan dengan mahar yg tertentu. Amalan2 itu harus dibaca lepas sembahyang (kononnya lebih mujarab) dan kami juga di bekalkan beberapa alat-alatan perubatan, kononnya lebih power seperti cincin, minyak dan sebagainya (ada yg percuma dan ada yg di bayar ribuan ringgit), dengan alasan doa, baca quran sahaja tidak mencukupi, mesti ada amalan kebatinan dan alat-alatan perubatan/tangkal/azimat.
Kemudiannya pula, kononnya kerana keistimewaan kami sebagai murid yg taat, kami diperkenalkan pula dengan pendamping2 wali allah, yang kononnya banyak membantu kami. Dan kami acap kali sentiasa teruja bila dapat bercakap, meminta nasihat/pandangan dengan wali2 allah ini, yg kami gelar datuk, nama2 wali sembilan.. dan berbagai2 lagi.
Lagi kuat amalan yg kami amalkan dan sembahyang yg kami lakukan maka akan bertambah kuatlah kebatinan dan benteng pertahanan kami dari serangan sihir. Kami juga mampu bersilat (sebelum ini tak pernah belajar silat), menghantar jurusan, buah pukulan secara batin dan secara jarak jauh kepada musuh2 kami. Kerap kali kami melakukannya sesudah sembahyang waktu, kononnya lebih mujarab, ada ketikanya di dlm masjid dan surau sesudah sembahyang jemaah.
Setelah sekian lama dan selepas mendapat kepercayaan kami, kami secara perlahan telah dipesongkan (setengahnya juga ditundukkan kami melalui sihir), duit ringgit yg lebur usah cerita.
Kesimpulannya, akibat terkena sihir, maka kami pergi kepada pengamal perubatan yg juga menggunakan sihir untuk melawan sihir, dan lebih teruk lagi, setelah pulih buat seketika (mungkin juga dengan cara mereka berpompromi dengan jin/syaitan), kami disihir/ditundukkan pula untuk taksub percaya kepada kuasa dan kehandalan mereka ini, dan akibat dimomokkan dengan segala musibah yg bakal terjadi kepada kami, dengan mudah kami menyerahkan wang ringgit kepada mereka agar kononnya musibah ini boleh ditepis dengan kuasa mereka tetapi mestilah dengan cagaran wang ringgit. Segala sakit,demam,musibah,perniagaan rugi semuanya kerana jin,hantu,syaitan dan sihir.
Tapi Allah masih sayangkan kami, sebelum kami terpesong lebih jauh, dan diatas berkatnya doa2 yg kami panjatkan kepada yang Maha Esa, kami di pertemukan dengan seorang ustaz (isterinya juga ustazah) yg menjadi imam di surau dan guru sekolah tahfiz, yang hanya berlandaskan perubatan secara Islam iaitu melalui Al-Quran dan Hadis. Laman web ini juga banyak membantu dalam menyedarkan saya.
Saya menulis, kerana masih terlalu ramai di luar sana yang mempercayai bomoh2 ini, termasuk rakan2 kami dan ada sesetengah rakan2 kami itu, kami yang memperkenalkan kepada bomoh syaitan ini sehingga ada yg terlalu taksub hingga menjadi murid/pelajar kanan kepada bomoh ini sehingga ada yg mampu melihat kelibat makhluk2 yg berjubah putih, ada yg berpakaian secara panglima, ada yg kelihatan seperti puteri dan sebagainya yg menjadi pendamping kepada bomoh ini, maka bertambah taksub rakan2 kami ini, kononnya amalan mereka telah mencapai tahap yg tinggi.
Terus terang kami pun sebelum ini berlumba2 beramal, berzikir, berpuasa, bersedekah dan berusaha menjadi murid/pelajar yg baik agar mencapai tahap kebatinan,makrifat yg tinggi dan berharap dapat melihat kelibat pendamping2 ini yg kononnya adalah wali2 allah dan ada ketikanya kami juga berharap mendapat pendamping kami yang sendiri (sebagai personal bodyguard) dlm usaha untuk mengelakkan diri dan keluarga dari terkena sihir dan gangguan jin dan syaitan.
Dan sekarang dengan pertolongan Ustaz, kami sedang berusaha membersihkan diri kami dr segala gejala sihir dan kami sedang berjuang untuk melarikan diri dari bomoh ini, dan juga untuk menyedarkan kembali rakan2 kami yg masih taksub.
Walaupun perbuatan kami ini bagai menabur pasir ke dalam periuk nasi bomoh ini dan seterusnya menjadi seteru, tetapi demi akidah rakan2 kami, kami rasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan mereka.
Kami sangat menyesal dengan perbuatan dan kejahilan kami. Setiap kali bila mengenangkan perbuatan kami, pasti air mata kami mengalir dan yg lebih menyedihkan, mengenangkan nasib sahabat2 kami yg masih terpedaya dgn tipu daya bomoh syaitan ini.
Semoga Allah menerima taubat kami dan menyelamatkan akidah rakan2 kami.
emjayjb wrote today at 6:42 AM, edited today at 6:46 AM
Assalamualaikum wbh sdr akukesal
Ingatlah bahawa bila Allah ingin memberikan rahmat, ia akan dimulakan dengan musibah. Redhalah dengannya. Setiap yang buruk ada baiknya. Setiap yang buruk ada baiknya.
Alhamdulillah sdr telah diberikan rahmatNya. Sekiranya sdr bersyukur, insya-Allah akan Allah tambahkan Nikmatnya.
Saya merasa terharu dengan kisah sdr. Memang begitulah sunnatullahnya apabila kita mensyirikkan Allah melalui kaedah berjumpa bomoh sesat. Saya rumuskan antara azab yang biasa diberikan Allah akibat berbomoh ini:
1. Gelisah, tidak tenteram, suka menyendiri, fikiran berserabut
2. Suami isteri sering bertengkar
3. Anak-anak bertengkar dan kadang-kadang anak-anak bertengkar dengan ibu bapa
4. Susah nak mengerjakan solat 5 waktu
5. Duit banyak habis ke bomoh
6. Kalau berniaga, rezeki lagi terhalang walaupun dah berbagai-bagai pelaris yang di gunakan
7. Kalau kerja kerajaan, walau pun dapat gaji bulan, duit sentiasa tidak cukup walau sebesar mana gajinya
8. Perbagai masalah baru dalam kehidupan, pekerjaan, keluarga dan penyakit atau dalam bahasa lain bala yang bertimpa-timpa
9. Pelbagai gangguan yang bukan-bukan di dalam rumah seperti pelbagai bunyi yang unik dan dalam kes-kes tertentu, ahli keluarga nampak pelbagai hantu dalam rumah seperti di sudut tertentu atau dalam bilik air.
10. Mengalami pelbagai pengalaman ghaib yang misteri akibat permainan sihir oleh syaitan
11. Boleh nampak jin, syaitan dengan 2 tanduknya, orang tua macam wali, binatang dan pelbagai imej lainnya hasil dari kerja gangguan syaitan. Ini sebenarnya bukan rahmat tetapi sebenarnya azab!!
12. Kerasukan / kesurupan
13. Mimpi dikejar binatang buas.
Begitulah antara azab yang diterima oleh orang yang berurusan dengan bomoh. Sememangnya sebagaimana yang diceritakan oleh akukesal, saya memang terharu dan memahami apa yang telah dilalui oleh sdr akukesal. Musibah ini memang sangat berat dan sebenarnya ia sangat setimpal dengan dosa yang dilakukan iaitu dosa paling besar dalam Islam iaitu mensyirikkan Allah.
Saya dengan ini berdoa semoga sdr akukesal dan keluarga akan terus dirahmati, diberkati, diberikan hidayah, taufik, pertolongan dan perlindungan dari Allah dan semoga dapat membebaskan diri secara kekal dari amalan perbomohan ini dan seterusnya dimatikan Allah dalam iman.
Apa yang sdr lakukan ini bukanlah sesuatu yang mengkhianati atau memasukkan pasir ke periuk nasi bomoh namun apa yang telah dilakukan ini merupakan satu jihad fisabilillah menentang kemungkaran dan semoga Allah sahaja yang berhak membalasnya.
Dalam Islam jelas bahawa semua bomoh sesat ini layaknya hanya satu iaitu "dipenggal lehernya".
Saya dengan ini menjemput sdr akukesal dan isteri berkunjung ke rumah saya bertamu pada hari sabtu dan ahad. Insya-Allah banyak yang kita boleh kongsikan. Saya tidak menerima bayaran dalam rawatan saya. Sdr bertamu dirumah saya adalah hak sdr untuk dilayan sewajarnya selama 3 hari. No charges.
Hubungilah saya melalui email saya yang tertera besar di muka depan laman saya.
Wassalam wallahualam
Emjay
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Marilah kita semua berdoa semoga saudara kita sdr akukesal diberkati dan ditambahkan lagi nikmat dari Allah.
Sebentar tadi saya terima satu lagi reply menarik berkenaan perbomohan dan kali ini tentang bomoh moden Prof Dr Ibrahim. Seorang pengguna produk aura seri diazab Allah begitu pedih selepas menggunakan tangkal moden ini. Iblis berhelah dengan cantik sekali. Permulaan menggunakan suami semakin sayang tetapi selepas tempuh yang pendek, isteri dipukul macam memukul permaidani sewaktu membersihkannya.
Sila baca reply ini yang dijawab di artikel Balasan Allah akibat menggunakan produk Aura Seri dan Lilin Terapi serta balasan dari saya:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
zairo wrote today at 11:07 AM
saya ingin berkongsi pengalaman tentang kawan kepada kakak saya. kakak saya menceritakan yang kawannya itu sering menjadi manga keganasan suaminya selalu di belasah dipukul dengan teruk juga sampai lebam lebam menangis nangis mengadu kepada kakak saya...sebelum ini saya ada membaca artikel dari abang mj mengenai produk aura aura ini lalu saya bertanya kepada kakak saya adakah kawannya itu ada menggunakan apa apa produk kecantikan aura aura yang melambak2 di pasaran sekarang ini.. Kakak saya menjawap ada.rupa rupanya kawannya itu menggunakan produk aura seri keluaran
dr ibr**** siap promote pada kakak saya lagi...Masya Allah ceritanya lebih kurang sama dengan cerita di atas kakak saya cakap mula2 guna dulu suami sikit punya sayang tapi sekejap saja lepas tu azab Allah pun sampai rumah tanggaporak peranda lebih malang teruk kawan kakak saya itu dipukul. Saya menyuruh kakak saya beritahu pada kawannya supaya buangkan saja barang barang itu san menasihati kakak saya jangan beli ,guna atau simpan benda benda aura ini dan yang seangkatan dengannya..
Ya Allah jauhilah ahli keluargaku dari perbuatan syirik padamu sama ada dalam keadaan sedar atau pun tidak....aminn
emjayjb wrote today at 12:22 PM, edited today at 12:30 PM
Assalamualaikum wbh sdr zairo dan selamat datang ke laman Emjay semoga kehadiranmu di sini membawa rahmat.
Terlebih sahulu sebelum saya panjangkan kata-kata, eloklah sdr zairo memanjatkan kesyukuran kepada Allah dengan membuat sujud syukur. Syukur alhamdulillah kerana Allah telah memberikan rahmatnya kepada sdr zairo. Konsep inilah yang saya gunakan dalam merawat orang yang memerlukan bantuan. Cari punca, selesaikan, taubat, perelokkan amalan agama Islam selain sedekah kepada anak yatim.
Adik berdoalah kepada Allah semoga insya-Allah Allah pertemukan kita di JB untuk berkongsi ilmu semoga adik menjadi lebih baik lagi berbanding saya.
Kebanyakan pesakit bila jumpa bomoh sesat, memang bagai magic penyakitnya seolah-olah ada peningkatan macam nak sembuh hampir serta merta. Tetapi sebenarnya setelah beberapa hari atau minggu atau tak sampai sebulan masalah awal tidak selesai dan mungkin bertambah teruk pula dan ini adalah helah syaitan agar pesakit tersebut datang lagi dengan tujuan disyirikkan lagi dan dapat pula wang yang lumayan dari pesakit. Bomoh kena hidup beb, kena ada fulus. Inilah namanya kerja bodoh (memanglah bodoh sebab belum berilmu dan semoga mereka ini semuanya ditambahkan ilmu yang diredhai Allah SWT).
Saya dah memberitahu secara terbuka bahawa produk aura seri keluaran Prof Dr Ibrahim adalah sejenis tangkal alaf baru yang dikeluarkan secara besar-besaran di kilang. Usahlah adik gentar untuk berjihad menentang orang sesat ini. Sebut saja secara jelas malahan mereka bukan tahu pun identiti adik zairo.
Saya berdoa dan marilah semua berdoa agar dibalas oleh Allah dengan segera dan sewajarnya keatas perbuatan bomoh sesat moden bernama Prof Dr Ibrahim ini kerana bomoh ini sudah menyesatkan terlalu ramai umat di Malaysia dan menjadikan manusia yang berurusan dengannya seperti yang menggunakan produk aura seri dan aura genius ini diazab pedih oleh Allah.
Ya Allah jauhilah keluargaku, bapaku, rakan-rakan ku, saudara maraku, pembaca Laman Emjay dan semua orang islam lain dari perbuatan syirik yang mengundang azab pedih dari Allah.
Sekian wassalam wallahualam.
Emjay
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sekian untuk kali ini. Saya amat mengalu-alukan sebarang pengalaman atau sebarang bahan yang dirasakan dapat dimanfaatkan oleh semua pembaca lain agar dikirimkan kepada saya sebagai iktibar. Jangan gunakan identiti sebenar.
Wassalam wallahualam
Emjay