Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH

Laman Emjay
Free Image Hosting
Selamat Datang Ke Laman Emjay

 

Blog EntryNov 4, '06 10:05 AM
for everyone
Assalamualaikum wbt semua muslimin .

Kubis bulat memang digemari ramai di Malaysia ini. Jikalau hendak melihat buktinya, tunggu sahaja di pintu keluar pasar, perhatikan bakul membeli belah dan perhatikanlah sayur kubis yang dibeli. Kubis murah harganya dan tahan lama. Satu lagi cara untuk melihat betapa orang Malaysia amat gemar dengan sayur kubis ini ialah dengan melihat sayur yang dihidangkan direstoran atau gerai makan, pastinya kubis menjadi salah satu hidangan disitu. Kubis juga menjadi komponen utama dalam "coleslaw" di KFC dan juga kandungan utama burger dan kebab. Siapa yang suka makan lontong, kalau tidak ada kubis dalam sayurnya, maka itu bukan lontonglah. Pendek kata kubis digunakan dipelbagai masakan.

Satu ketika sewaktu makan di sebuah restoran yang kerap saya kunjungi, saya memerhatikan seorang perempuan pelayan restoran tersebut sedang enak makan tengahari dengan berulamkan kubis rebus bercecahkan sambal belacan. Sungguh berselera perempuan ini menghabiskan makanannya. Perempuan ini sudah berkahwin. Saya memandangnya dengan penuh sayu dan sedih kerana memikirkan akibat dari memakan sayur kubis tersebut. Kemudian saya terpandang seorang pelayan lelaki berasal dari Indonesia yang saya kenal. Saya bertanya kepada pelayan lelaki ini "Mat engkau makan kubis tak?".

Mat menjawab "Saya tak makan".

Saya bertanya lagi "Kenapa tak makan kubis, bukankah kawan engkau tu sedang enak makan sayur kubis?"

"Bapa saya tak bagi makan kubis" jawab Mat ringkas.

"Kenapa bapa engkau tak bagi makan kubis?" saya menyambung soalan.

"Entah, saya pun tak tahu tapi saya ikut saja cakap bapa saya" Mat menyambung perbualan.

Dari perbualan ringkas saya dengan Mat iaitu seorang pelayan di restoran yang berasal dari Indonesia, dapat saya rumuskan bahawa masih ada segelintir manusia di Malaysia ini yang masih mengamalkan petua orang tua agar tidak makan kubis. Namun apa yang saya sedih ialah Mat ini tidak tahu apa kesan kalau makan kubis ini. Dari penyelidikan ke atas para pelajar saya, memang sah tidak sampai 2% dari mereka ini yang tidak makan kubis. Majoriti memang suka makan kubis dan setengahnya sangat suka kubis dan ada pula yang setiap hari hanya makan sayur kubis, subhanallah.

Apakah sebenarnya kesan apabila manusia memakan kubis? Jawapannya adalah SEKIRANYA SESEORANG MAKAN KUBIS, IA AKAN MENYEBABKAN KEPUTIHAN KELUAR DARI KEMALUANNYA. Apabila disebut sahaja keputihan ramai orang perempuan memang tahu apa bendanya kerana kini ia menjadi masalah yang lumrah pada kebanyakan perempuan samaada anak dara atau yang sudah berkahwin. Fakta ini diakui oleh seorang doktor wanita pakar sakit puan yang dipanggil untuk membincangkan masalah sakit puan di TV3 satu masa dahulu. Doktor perempuan pakar sakit puan ini berkata “Penyakit keputihan adalah penyakit normal yang dihidapi oleh orang perempuan. Ia hanya akan mendatangkan masalah apabila kuantiti keputihan yang dikeluarkan ini terlalu banyak hingga menyebabkan secondary infection”. Dari kenyataan doktor perempuan ini, apa yang dapat disimpulkan di sini ialah bahawa doktor perempuan ini juga mengalami masalah keputihan.

Keputihan yang keluar dari kemaluan perempuan ini sememangnya mendatangkan pelbagai masalah. Keputihan ini menyebabkan bau yang amat tidak menyenangkan kepada wanita itu sendiri mahupun kepada sang suami. Sekiranya kuantiti keputihan yang dikeluarkan adalah banyak, ia bakal mengundang jangkitan penyakit lain seperti gatal yang amat sangat. Ini adalah disebabkan keputihan ini sebenarnya adalah protin yang dikeluarkan dari dinding kemaluan perempuan akibat dari memakan kubis ini. Protin keputihan ini adalah satu medium yang amat digemari oleh mikro organisma seperti kulat dan bakteria. Kedudukan keputihan yang dikeluarkan melalui kemaluan ini begitu tersorok dan sangat lembap dan faktor-faktor ini semua mengundang kulat dan bakteria untuk tumbuh di atasnya yang seterusnya menyebabkan kegatalan yang serius.

Kebanyakan para doktor termasuk doktor perempuan pakar sakit puan yang di panggil TV3 di atas tidak mengetahui tentang punca penyakit keputihan pada orang perempuan. Bila orang perempuan berjumpa doktor untuk rawatan masalah keputihan, doktor akan memberikan berbagai ubat termasuk krim untuk disapukan di kemaluan, namun semua ini tidak membantu kerana kemaluan terus mengeluarkan keputihan. Perempuan yang sudah mengalami kegatalan disebabkan keputihan ini seterusnya akan menghadapi masalah kegatalan yang amat serius apabila mereka makan udang, ketam, sotong atau kerang. Masalah kegatalan ini menyebabkan masalah yang lebih rumit lagi iaitu seorang isteri tidak mampu atau minat untuk melayan suami dan ini pastinya mengundang rantaian masalah lain.

Masalah keputihan yang serius juga sebenarnya mengundang satu lagi masalah yang lebih rumit iaitu MIGRAIN di bahagian tertentu kepala. Masalah keputihan peringkat serius ini sebenarnya mengakibatkan kemaluan jadi amat tidak selesa dan seakan-akan berdenyut. Gigi kalau sakit, kepala juga sakit. Kalau badan demam, kepala pun sakit. Dengan kaedah yang sama ini, bila kemaluan wanita meragam ia mengakibatkan migrain. Perempuan yang migrain ini kalau sudah berkahwin, bayangkanlah bagaimana mereka hendak melayan suami serta menguruskan rumah tangga dan anak-anak.

Satu perkara yang para isteri perlu mengetahuinya ialah keputihan ini menghilangkan nafsu suami ketika ingin bersama kerana baunya yang tidak selesa serta kesan lain yang agak memalukan untuk diceritakan di sini. Cukuplah dengan perkataan bahawa suami akan loya selepas bersama isteri apabila melihat kemaluannya.

Begitu sekali parahnya akibat memakan kubis. Cara mencegah keputihan amat mudah, iaitu JANGAN MAKAN KUBIS ATAU KUAH YANG MENGANDUNGI KUBIS.

Adakah keputihan menyebabkan keputihan kepada kaum wanita sahaja? Jawapannya ialah keputihan juga menyerang kaum lelaki. Kanak-kanak lelaki yang suka makan kubis apabila bersunat akan mengalami masalah BUTA pada kemaluannya. Buta kemaluan ialah satu kes di mana selaput kulit yang bakal di potong sewaktu bersunat melekat kepada bahagian kepala kemaluan lelaki dan bahan yang menjadi pelekat ini ialah keputihan.

Jikalau pada wanita, keputihan dikeluarkan pada dinding vagina, keputihan pada lelaki dikeluarkan di sekitar pangkal kepala kemaluan. Inilah antara hikmah Allah menggalakkan lelaki bersunat agar lebih mudah bagi mereka untuk membersihkan kemaluan dari keputihan. Kini orang bukan Islam juga gemar bersunat dengan alasan yang sama. Keputihan pada lelaki mengakibatkan bau amat busuk setiap kali membuka seluar dalam. Seluar dalam juga kotor di bahagian kemaluan akibat keputihan ini akan menjadi daki yang berwarna hitam.

Selain dari masalah yang telah dinyatakan di atas, keputihan juga menyebabkan kulit menjadi kering dan mengakibatkan sukar menambah berat. Ini dapat dijelaskan dengan mudah kerana sebagaimana telah dijelaskan di atas, keputihan adalah protein. Begitu juga putih telur adalah kaya protein dan warnanya juga adalah putih. Protein yang disingkirkan melalui kemaluan ini sebenarnya amat diperlukan oleh tubuh tetapi akibat memakan kubis, protein ini dikeluarkan sebagai keputihan. Jadi walaupun seseorang banyak makan sumber berprotein, akibat mengambil kubis, protein mustahak ini dikeluarkan dari tubuh sebagai keputihan dan alangkah membazirnya proses ini.


Sekiranya anda ingin menghubungi saya, emailkan ke :


kangmasjb@hotmail.com

26 CommentsChronological   Reverse   Threaded
makhluk75 wrote on Nov 7, '06
assalamualaikum. dari mana dpt maklumat ni. adakah ada fakta ilmiah yg menyokong artikel diatas
emjayjb wrote on Nov 20, '06
Asalnya saya dapat dari arwah guru saya. Kemudian saya kaji melalui pelajar-pelajar saya dan akhirnya ilmu ini. Alhamdulillah.
iyolatu wrote on Mar 30, '07, edited on Mar 30, '07
asalamulaikum,bagaimana jenis kubis2 yang lain misalnya yang jenis panjang dan berdaun tu ada kandungan yg sama ke dengan kobis bulat? sekian t. kasih
emjayjb wrote on Mar 30, '07
Hanya kubis bulat sahaja yang biasa dijual di kedai makan dan pasar. Kubis lain boleh makan.

Sekian
ambokie wrote on May 1, '07
kalau kubis bulat yg bewarna biru tu boleh ker ustaz.....bentuknya pun bulat...
emjayjb wrote on May 1, '07
Kubis biru tu baru masuk market Malaysia. Saya pun baru sekali dua kali makan. Belum ada ilmu lagi berkenaan kubis ini.
bellowlower wrote on May 13, '07, edited on May 13, '07
assalamualaikum

kobis bulat mempunyai nuoran asid yang tinggi dan bukan sahaja kobis bulat sahaja, sayur2an yang bukan berwarna hijau juga mempunyai nouran asid tetap kobis bulat adalah yang tertinggi..kalau makan berasaskan soya pun sama...so makanlah sayur hijau...jika nouron asid tinggi effect yang akan dihadapi selain keputihan ialah gout (sakit lutut) --> susah berjalan dan lutut lemah...sekarang macam2 penyakit dan ubat ada...insayaallah jika kite berusaha dan bertawakal akan dpt mencari jalan keluar dari kemeluh yang dihadapi...insyallah..kobis adalah ciptaan allah yang halal untuk dimakan dan makan la tapi jgn sampai memudaratkan..

fikir dan fikirkan

aka cicakman...
emjayjb wrote on May 13, '07
waalaikumussalam

Terima kasih bellowlower
2542596 wrote on Dec 30, '07
assalamualaikum.......
tristripes wrote on Apr 9, '08
kubis bulat takleh makan...hmmm pelik..
kalau setakat keputihan takde pape sangat.bukan boleh mati pon.
Perempuan boleh makan kubis bulat selepas haid kering dan berhenti makan kubis bulat seminggu sebelum datang haid..

kesian pekebun yang membanting tulang dan berbudi kepada tanah..
dbrassy wrote on Jan 1, '09
zaman millenium nie, mcm2 penyakit pelik timbul. dulu, kalo kite dgr ade org sakit jantung, terus kite tersentak, menggeleng2 kepala (nauzubillah). tp skrg, kaum kerabat, sahabat handai, sape2 je xkire dimana2. Klinik2, hospital jd sibuk xepanjang tahun.

Nasihat saye, kawallah pemakanan mengikut keperluan badan. xnk exercise, xpe, tp mkn mknn yg mngadungi oxidation yg tinggi. Badan kite memerlukan x lebih dari 1600kcal (mengikut sukatan diri setiap individu). Pengambilan protein & vitamin yg mencukupi setiap hari, sudah cukup untuk menjalani hidup yg sihat.

ELAKKAN PENGAMBILAN MAKANAN YANG BERLEBIHAN !!!!

Semoga tubuh badan yg dikurnaikan oleh Yang Maha Pencipta sihat senantiasa.

Yang Benar,
Personal Wellness Coach
nag1181 wrote on Mar 14, '09
btol jgak...tuu..kalu xmakan..mcm kekurangan jer..tp pandai2 r control bab makan neh...beringat b4 kena kan...
peacegreen8906 wrote on Aug 1, '09
memang la kobis bulat tak bawak mati.tapi awak ni perempuan ker?kalau perempuan tahu la betapa tensionyer masalah keputihan tuh.
emjayjb wrote on Aug 1, '09
Itulah tristripes mengaku macam pandai.

Semoga peacegreen8906 diberikan kekuatan untuk tidak makan kobis bulat.

Emjay
aim1973 wrote on Nov 4, '09
tristripes ,apa bingai sgt ko ni. mesti masih bujang.tak reti hal orang pompuan jgn campur la
emjayjb wrote on Nov 4, '09
Begitulah manusia

Emjay
hakikatdunia wrote on Dec 31, '09
kalau keputihan tu menyebabkan kemaluan wanita menjadi hitam..ada tak kaedah untuk menghilangkannya?..ikhlas nak tahu
emjayjb wrote on Jan 13, '10
Bab yang ini saya belum ada ilmu

Emjay
lind86 wrote on Jan 22, '10
patutla mslah keputihan x selesai
allooola wrote on Jan 23, '10
saya pun mgalami masalah yg sama dgn hakikatdunia dan sy juga mncari jwpannye....arap emjayjb dpt mmbantu......
ctizam wrote on Mar 24, '10
stdent sy de m.lah kpthan..... hngga mybabkan kmluan gtal, melecet......dlm kelas lemah jer.... bla tnya, dia skp kpthan.... g jmpa dktor Xberkesan...... Sy xtnya lak pe yg dia mkn
emjayjb wrote on Mar 24, '10
Bagi mencepatkan pemulihan bagi mereka yang mengalami keputihan, berhentikan langsung makan kobis atau kuah kobis.

Selepas itu, elakkan juga sotong, kerang, ketam, udang, belacan, cencalok, budu, junk food.

Kalau setelah melakukan perkara ini, keputihan masih menjadi masalah besar, silalah bertemu dengan Kak Ida iaitu isteri arwah guru saya di Kampung Cheras Baru, kuala lumpur 0136921230. Nanti kena berendam dalam besen mengandungi ubat. Setelah buat beberapa kali insya-Allah baik.

Kalau call kak ida ini, sampaikan salam saya dari Johor Bahru.

Emjay
aziemy wrote on Apr 15, '10
setau saya kubis bulat ni memang satu2nya sayuran yang tidak mempunyai zat-zat yang diperlukan untuk tubuh.memakannya hanyalah untuk sedap dimulut sahaja.pada yang mempunyai masalah kesihatan,terutama tengah pantang bersalin ke atau demam(juga keputihan),dinasihatkan elakkan dari makan kubis kerana boleh menyebabkan bisa bisa pada badan (atau masuk angin org kg kata)

wallahuaklam
masihkurangilmu wrote on Aug 6, '10
Doktor saya pun tak galakkan saya makan kobis kerana ia boleh mempengaruhi saluran penghadaman terutama bagi pesakit sembelit. Terima kasih atas info keputihan ini juga..
juwie8622 wrote on Jun 2, '11
salam sudr emjay...sy nk ty..suami sy prnah buat operate tonsil..sbb sblm tu dia ada hipertension...bila dh operate tonsil...tknn drh dh stabil...takde lg naik smpai 140/90...skrg dia amal mnum myk zaitun stiap pg mcm sdr emjy suggest...mslhnye skrg bila nk tido mlm..slalu hidungnye tersumbat wlpn tak pasang kipas...hri tu msa nk operate tonsil doc kata nk buang skit dinding dekat dlm hidung...tp bila abs operate tonsil doc tak jadi buang...katanya dinding tu dh takde...tp smpai skrg suami asyik tersumbat hidung...pe pndpt sdr emjay?
roslinamat wrote on Aug 27, '11
Thanks for the info.
Add a Comment
   

em

Assalamualaikum WBH kepada saudara seagama ku dan laknat Allah SWT kepada iblis dan pengikutnya

Link penting UTM:

1. UTM
2. Fakulti Pendidikan, UTM

Penjagaan buah pinggang

1. GOUT, punca dan ...
2.Makanan asasi saya ialah buah (oren sunkist) sayuran. .
3.Mudarat makan telur, merosak jantung, tembikai merosak buah pinggang.
4.Anda bakal menghadapi masalah...
5.Penyakit keturunan, ibu ayah diabetes..
6. Masalah buah pinggang, kencing manis (diabetes)....

Penyakit Gastrik

1. GASTRIK & ULCER PUNCA DAN RAWATAN alternatif
2.Alhamdulillah, rawatan melalui internet berkesan bagi kes gastrik!.

Penyakit Jantung

1. Tapak tangan basah atau lembab
2.Tapak tangan basah atau lembab bahg. 2
3. Kalau nak sihat, elakkan makan krimer (non dairy creamer)
4.Anda bakal menghadapi masalah yang sama sekiranya
5. Salah Doktor @ salah bomoh @ salah siapa????? Ia mungkin berlaku kepada anda!

Paru-paru / sistem pernafasan

1. Tapak tangan basah atau lembab
2.Tapak tangan basah atau lembab bahg. 2
3. Mandi malam dan minum air batu serta kesannya ke atas paru-paru.
4.Penyakit moden - penyakit berkaitan sistem pernafasan (PBSP)
5. Mandi malam dan minum air batu serta kesannya ke atas paru-paru.
6.Penyakit moden - penyakit berkaitan sistem pernafasan (PBSP)
7. Bukti bahawa penyakit lelah semput insya-Allah boleh sembuh
8.Anda bakal menghadapi masalah yang sama sekiranya ……..
9. Allergy (alahan) susu lembu – lain sakit lain ubatnya
10.Mandi malam dan air batu, nasihat kepada pemain badminton Malaysia

Batu Hempedu

1. Pengalaman membantu OYPD (orang yang perlu dibantu) untuk dikongsikan

Penyakit kuning, sembab, bengkak hati pada kanak-kanak

1. Penyakit kuning, sembab, bengkak hati pada kanak-kanak

Penyakit Buasir

1. Buasir, penyakit moden masa kini.


Syair Imam Syafie: "Berkatalah sesuka hatimu untuk menghina kehormatanku. Maka diamku dari orang yang menghina adalah suatu jawapan . Bukanlah ertinya aku tidak memiliki jawapan, tetapi tidak pantas bagi seekor singa melayani kerenah anjing-anjing". (Lihat Diwan al-Syafi'e).