Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH

Laman Emjay
Free Image Hosting
Selamat Datang Ke Laman Emjay

 

Assalamualaikum wbt

Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an.

Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.

Apa sebenarnya penyakit gout? Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki seperti gambar.

Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari makanan yang diambil.

Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi. Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang (kidney failure).

Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.

Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.

Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah “memperlahankan pengeluaran asid urik. Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, ia hanya sekadar memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh. Bagi saya penggunaan ubat jenis ini langsung tidak munasabah.

Selain allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan yang diberikan doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat keana ia memberikan kesan positif dalam jangka masa singkat selepas pengambilanya iaitu selepas beberapa jam namun sebenarnya pada pandangan saya ia adalah “racun” yang sebennarnya menambahkan masalah bagi pesakit gout. Ini kerana kebanyakan pain killer yang diberikan doktor, selain dari menghilangkan kesan sakit pesakit gout, ia sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan lagi rahsia di kalangan doktor. Kadang-kadang terdapat kes perbalahan antara doktor kerana antara mereka ada yang tidak bersetuju kerana doktor tersebut memberikan pain killer dari jenama tertentu kepada pesakit gout. Begitulah, sesama mereka pun berbalah, mana yang betul? Sebenarnya dua-dua yang berbalah pada pandangan saya pun tidak betul kerana jikalau mengikut saya, pesakit gout tidak boleh sama sekali mengambil ubat pain killer dan ubat bengkak.

Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh. Inilah sebabnya saya menghalang sebarang penggunaan ubat pain killer dan ubat bengkak dalam menangani gout.

Sekarang marilah kita berbincang bagaimana untuk merawat penyakit gout ini menurut kaedah tradisional dan sebahagian besarnya diwariskan oleh arwah guru saya. Mudah-mudahan Allah sentiasa merahmatinya. Dalam proses kita ingin merawat masalah gout ini, terlebih dahulu kita perlu mengetahui punca masalah gout ini. Sebagaimana disebutkan di atas, gout adalah disebabkan kegagalan fungsi buah pinggang menyingkirkan asid urik dan pengambilan makan yang banyak menghasilkan asid urik.

Apakah sebabnya buah pinggang bermasalah sehingga tidak lagi mampu menyingkirkan asid urik dari tubuh? Itulah yang beberapa kali diberitahu oleh mantan Menteri kesihatan Dr Chua Soi Lek bahawa mee kuning yang mengandungi asid borik dan makanan segera serta makanan rapu merosakkan buah pinggang.

Punca gout antaranya ialah:

1. Tidak cukup minum air sehari iaitu kurang dari 2L sehari

2. Gemar sangat makan kacang tanah, kacang putih dan kacang bergaram

3. Gemar makan buah-buahan jeruk

4. Gemar makan mee segera

5. Gemar dan kerap mengambil Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa

6. Gemar dan kerap makan mi kuning dan roti canai.

7. Gemar dan kerap minum teh kedai

8. Gemar dan kerap makan cokelat dan Milo dan segala sejenisnya

9. Gemar dan kerap ambil durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan dengan kuantiti yang banyak.

10. Gemar dan kerap makan jambu dan tembikai termasuk tembikai susu

11. Kerap dan banyak mengambil kerang, ketam, udang dan sotong serta telur masin

12. Kerap dan banyak makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.

13. Kerap dan banyak mengambil kordial SUNQUICK serta kordial lainnya

14. Terlalu kerap makan makan kari

15. Tidak suka makan sayur terutama sayuran pahit.

16. Kerap makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma

17. Menonton bahan pornografi

18 Kerap mengambil ubat pain killer

19. Gemar makan dan kerap fastfood seperti burger dsbnya

20. Mengambil supplement



Bagi menjaga kesihatan buah pinggang kita sila laksanakan amalan berikut semoga dijauhi Allah dari gout::

1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih lagi. Masaalah kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.

2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram

3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll

4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.

5. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dsb

6. Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb

7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei). Segala produk yang menggunakan tepung putih juga perlu dielakkan seperti roti dan pizza. Bacalah artikel saya berkenaan tepung putih di sini.

8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia, pewarna dan perisa.

9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

10. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan Milo dengan horlick.

11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.

12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu

13. Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)

14. Elakkan tembikai dan tembikai susu

15. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.

16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

17. Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.

18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.

19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma

20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.

21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.

22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.

23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis

24. Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout

25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang

26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.

27. Elakkan jering, petai dan kerdas

28. Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.

29. Elakkan menonton bahan pornografi

30. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.

31. Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb

32. Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb

33. Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Saya masih belum pasti apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.

34. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri

35. Elakkan sayuran jeruk

36. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin

37. Elakkan telur masin

38. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)

39. Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan England (www.shenbing.org/shenbingzhishi/zixun04.asp)

40. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.

41. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)

42. Kurangkan makanan bersantan

43. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto

Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu pula ialah:

1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Lebih elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing

2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.

3. Makan peria dan peria katak

4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan

5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)

6. Minyak zaitun. Satu sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan

7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb

8.Buah Delima

9. Epal hijau 2 biji seminggu

10. Burung seperti burung puyuh dan merpati

11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya

12. Garam kasar menggantikan garam halus

13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.

14. Makan lebih banyak sayur-sayuran

15. Makan kapsul HABBATUSSAUDA

16. Minum air kelapa dara 1 sudu besar sehari atau 2 kali sehari. Sekiranya sudah mengambil minyak zaitun, tidak perlulah lagi mengambil minyak kelapa dara ini. Sekiranya sudah mengambil minyak kelapa dara, tidak perlulah lagi mengambil minyak zaitun.

Sekiranya anda mengamalkan segala nasihat ini namun gout anda masih belum berkurang, sila hubungi saya melaui email saya.

Sebenarnya penyakit gout ini adalah rahmat dari Ilahi. Orang yang sihat memanjang sampai tua selalunya susah untuk mengingati Allah. Penyakit ini mudah-mudahan menjadi kafarah untuk menebus segala dosa-dosa lalu seperti dijanjikan Allah. Gout macam rambut yang bertukar menjadi putih sebagai amaran dari Allah bahawasanya kita makhluk Allah akan dipanggil mengadapNya dan masanya sudah semakin hampir.

Sekian wassalam wallahualam

Emjay


239 CommentsChronological   Reverse   Threaded
wongkene wrote on Mar 15, '07
banyaknya makanan yg tak boleh diambil....kalau nak diikutkan semua mana larat saudara emjay...!
emjayjb wrote on Mar 15, '07
Bagi yang belum kena gout, makanlah, Allah belum tarik nikmat makan. Bagi yang dah kena gout, redhalah dengan pantang larang ini kalau nak pulih.

Emjay
afandianiqoh wrote on Mar 16, '07
mana lagi baik, full cream dutch lady [pek kotak 1 liter] atau fresh milk goodday [pek kotak 1 liter]???
emjayjb wrote on Mar 16, '07, edited on Mar 16, '07
Kalau ikut lebih, sahihnya fresh milk goodday adalah lebih baik tetapikalau tak silap saya, goodday lebih mahal sikit. Namun bagi rawatan gout ini, asalkan jangan susu anelene, HL atau low fat sudah mencukupi, dua kali minum sehari dah kira ok. Tapi kalau bagi rawatan paru-paru, perlu minum 4 kali sehari.

Emjay
insanbbd55 wrote on Mar 17, '07
Mengapakah susu anelene dan low fat patut dielakkan bagi rawatan gout , tapi susu full cream pula harus diamalkan?
emjayjb wrote on Mar 17, '07
Susu fullcream adalah susu tepung asli yang dibuat dari susu lembu. Kandungan air dari susu lembu ini disejatkan.Untuk mempelajari tentang susu sila lawati::http://www.answers.com/topic/milk. Maknanya siapa yang minum susu segar berbanding susu fullcream tak banyak bezanya.

Susu rendah lemak adalah susu yang dibuang lemaknya melalui proses emparan (centrifuge) untuk mengasingkan kandungan lemaknya. Susu HL ialah susu yang sudah direndahkan kandungan lemaknya dan ditinggikan pula protinnya. Susu anelene adalah susu adunan yang dibuat dari susu rendah lemak.

Kalau mengikut sains dan ilmu kedoktoran, asalkan lemak dia macam adik beradik sedangkan kalau mengikut arwah guru saya, lemak yang terbaik ialah lemak dalam susu dan minyak dari pokok zaitun. Lemak dari jagung masih baik tetapi minyak kelapa sawit adalah antara yang tidak sihatuntuk diambil.

Lemak dalam susu diciptakan Allah amat sempurna kerana hanya dengan meminum susu tanpa mengambil makanan sampingan lain, anak lembu boleh membesar dan anak manusia boleh membesar. Kalau anak lembu diberikan susu lembu ibunya tetapi sudah diubahsuai dengan membuang semua lemaknya, anak lembu ini pastinya tidak dapat membesar dengan sempurna.

Apa yang perlu difikirkan dan difahami adalah vitamin ada dua jenis iaitu vitamin larut dalam air dan vitamin larut dalam lemak. Dengan membuang lemak susu, kita bukan sekadar mencacatkan susu tetapi apa yang lebih parah lagi ialah membuang segala vitamin yang larut dalam susu seperti vitamin A, D, E dan K. Itulah sebabnya saya tidak menyarankan penggunaan susu rendah lemak atau susu HL kerana khasiat yang Allah berikan melalui susu sudah dihilangkan dan dicacatkan.

Bagi apa tujuan sekali pun sama ada untuk kesihatan atau sebagai rawatan penyakit berkaitan paru-paru atau gout, gunakanlah susu segar atau susu fullcream atau panggilan lainya "whole milk".

Bagi gout, pengambilan susu dapat menampung bekalan kalsium yang amat disarankan oleh doktor untuk menangani / merawati masalah gout.

Sekian wallahualam wassalam

Emjay

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Full cream, or whole milk, has the full milk fat content (about 3-4% if Freisian- or Holstein-breed are the source). For skimmed or semi-skimmed milk, all of the fat content is removed and then some (in the case of semi-skimmed milk) is returned. The best-selling variety of milk is semi-skimmed; in some countries full-cream (whole) milk is generally seen as less healthy and skimmed milk is often thought to lack taste. Whole milk is recommended to provide sufficient fat for developing toddlers who have graduated from breast milk or infant formula.
zatajul wrote on May 9, '07
Assalamualaikum wbt..
nak kongsi pengalaman, pak mertua saya dah kena gout ni bertahun lamamya, even suami saya pun dah mula kena gout peringkat awal. Mereka ni bila duduk bersila tak tahan lama, kejang kepala lutut, sakit dan terdengkot-dengkot bila bangkit dari duduk atau tidur...lebih lagi kalau makan makanan terlarang spt yg Emjay senaraikan. Satu hari terjumpalah kawan, dia mencadangkan minum jus 23 herba Intra, tak sampai sebulan suami saya dah tak sakit lutut lagi bila duduk lama walaupun tak jaga makan. dia pun tak sedar bila last kakinya sakit. Pak mertua saya pun dah mula ke kebun semula, bukan goutnya aje yg baik, darah tinggi dan kencing manisnya dah normal balik. alhamdulillah. sekarang ni beberapa rakan suami sedang mencubanya...
kalau rasa berminat nak mencuba e-mail saya.
emjayjb wrote on May 9, '07
Saya tidak boleh email zatajul kerana tiada email address.

Saya berminat dan minta tolong email saya di kangmasjb@hotmail.com
zatajul wrote on May 11, '07
astaghfirullah...saya lupa nak bagi email rupanya...maaf
zatajul@gmail.com atau email taj_anuar@yahoo.com
emjayjb wrote on May 11, '07
Terima kasih zatajul
abuhakim wrote on May 23, '07
Alhamdulillah,
Saya nak berkongsi pengalaman gout. Saya cuma amalkan yang nombor satu ni. Dengan izin Allah, alhamdulilLah, dah dekat setahun tak kena serangan gout.

1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari.
emjayjb wrote on May 23, '07
Alhamdulillah semoga Allah memberikan rahmat dan berkat kepada sdr dan pembaca Laman Emjay

Memang itulah hakikatnya bahawa ramai orang Melayu sedang LAYU kerana tidak minum air yang mencukupi.

Wassalam wallahualam

Emjay
insanbbd55 wrote on Jun 2, '07
Andainya saya diserang gaut, pil penahan sakit tidak bolih diambil, apakah kaedah lain yang perlu yang saya ambil dalam keadaan gaut yang tidak terhingga sakitnya ketika itu? Apabila gaut menyerang, saya tidak dapat sembahyang jemaah disurau, hanya mampu sembahyang dirumah. Itu pun dalam keadaan duduk diatas kerusi.
emjayjb wrote on Jun 2, '07
Assalamualaikum wbh sdr insanbbd55

Memang begitulah pengalaman yang dilalui oleh mereka yang pernah kena gout. Alhamdulillah begitulah pengalaman yang saya pernah lalui beberapa kali dahulu. Sakitnya Allah saja yang mengetahuinya. Sembahyang atas kerusi dah biasa bagi saya dahulu. Pernah saya pergi sembahyang jumaat di masjid dengan membawa kerusi. Begitulah pengalaman mahal yang diberikan Allah kepada saya semoga dengan pengalaman tersebut, Allah mengampunkan segala dosa-dosa saya yang lalu.

Bila saya sakit dahulu, saya cari peria katak, ulam raja dan kacang botor dan insya-Allah dalam 3 hari bengkak tersebut akan surut kembali pulih. Saya minum air dengan banyak sekali terutamanya sewaktu nak tidur biar terbangun pada pukul 3 - 4 pagi untuk ke bilik air. Waktu pemulihan ini saya hanya makan nasi tanpa memekan segala pantang larang seperti yang saya sebutkan di atas.

Sekian wassalam wallahualam

Emjay
insanbbd55 wrote on Jun 2, '07
wa'alaikumusalam,
Terima kasih diatas penerangan dan tip yang tuan berikan itu.
antijumud wrote on Jul 27, '07
Percaya pada tu semua syirik...Allah punya kuasa... makanan dan sebagainya tidak mendatangkan mudarat. Sebelum ni komen saya telah didelete oleh si penakut.... orang lain dikatanya syirik... tapi dia dok percaya makanan dan sebagainya memberi kesan dan mudarat... mana tauhid Rububiyahnya?
emjayjb wrote on Jul 27, '07, edited on Oct 12, '10
Sabar saya ada batasnya sdr antijumud.

Jangan menulis ikut sedap tangan dan jangan suka menuduh tak tentu pasal. Bila pula saya mendelete komen you. Saya masih bersabar dan belum lagi mendelete sebarang komen you. Kalau saya delete, akan ada kenyataan pada bahagian yang didelete tersebut.

Bila saya bercakap dengan orang berilmu, bila saya menceritakan tentang ubat, saya tidak perlu menerangkan pada setiap baris ubat tersebut bahawa ubat ini hanya memberikan kesan positif apabila Allah dengan rububiahnya memberikan kesembuhan.

Kalau seseorang yang berilmu, apabila saya mengatakan ubat, maka saya tidak perlu lagi menerangkan bahawa ubat ini hanya akan berkesan dengan rububiah Allah kerana sepatutnya orang yang dah sebesar anijumud ini sudah mahir dengan rububiah, uluhiah dan asma wa sifat Allah SWT.

Adakah apabila saya menceritakan tentang segala jenis makanan, saya perlu mengulang bahawa rasa nikmat dan kesan setiap makanan ini akan dirasakan hanya dengan kuasa rububiah Allah? Macam orang bodoh bagi saya kalau saya menulis seperti itu.

Sebenarnya orang sakit boleh dilihat dari gaya dan rupa fizikalnya. Tulisan antijumud ini menjelaskan bahawa antijumud ini macam banyak penyakit rohani, macam orang yang takut hantu. Saya tidak delete komennya pun dituduh saya mendelete.

Sekian wassalam wallahualam

Emjay
echacomel wrote on Jul 29, '07
assalamualaikum...
jari tgn sy sering menjadi bengkak2 yang tiba2...
biasanyer.. wat masa nie.. bengkak berlaku.. di jari yang berlainan.
bengkak akan terjadi, selang 2 bulan sekali. atau sebulan sekali.

bengkaknyer.. merah..merening. berdenyut2..
dan sy tak tahu aper puncanye..
adakah itu juga di namakan gaut..?
emjayjb wrote on Jul 29, '07, edited on Oct 12, '10
assalamualaikum...
jari tgn sy sering menjadi bengkak2 yang tiba2...
biasanyer.. wat masa nie.. bengkak berlaku.. di jari yang berlainan.
bengkak akan terjadi, selang 2 bulan sekali. atau sebulan sekali.

bengkaknyer.. merah..merening. berdenyut2..
dan sy tak tahu aper puncanye..
adakah itu juga di namakan gaut..?
Waalaikumussalam wbh

Kalau bengkak ini membawa warna yang kemerah-merahan, berdenyut sakit, macam goutlah tu.

Bengkak ini memang sangat sakit.

Untuk rawatan segera, cari bayam pasir dan blender dengan batang serai, rebus dan minumlah airnya. Insya Allah kalau jaga pantang larangnya serta dengan makan makanan yang disarankan, selepas 3 hari kelak ia akan susut.

Tambahkan rawatan dengan ambil kapsul serbuk habbatussauda dan ambil juga 1 sudu sehari minyak kelapa dara.

Sekian wassalam wallahualam

Emjay
cikmielah wrote on Aug 8, '07
Assalamualaikum bro Emjay,
saya baru je disahkan kena gout . dan rasanya sakit yg amat.
dr pembacaan sy td. betul ke ubat intra tersebut dr menghilangkan penyakit tersebut?
saya baru berusia 25 tahun (which i tink im too young to have this kind of penyakit.(maha suci Allah menurunkan penyakit ni-mungkin ada hikmah-Nya) ini keranaberat bdn sy sudah mencecah 100kg-(kena kurus ni) dan tinggi dlm 160cm.
1. kat mana na cari ubat intra tuh?
2. berat bdn sy dah mmg kirenya obersiti. perlu ke meminum susu full milk atau susu segar? na kurangkan berat bdn bukan ke kena minum low fat milk?

harap bro sila beri panduan. mintak sgt bls email sy beserta dgn jawapan utk soalan diatas.
mielah_dd@yahoo.com
cikmielah wrote on Aug 8, '07
ops
lupe.
kaki sy sakit bukan kat sebelah ibu jari.
tapi dr jari kaki yg kedua smpy ke betis.
tu kire gout ek?
bile bejalan sy menampung kaki kiri dgn guna tumit kaki n ibu jari kaki.
bile check darah td. tinggi kandungan nya ialah 552 out of 339. erm..
bole ke sy mkn shushi.. heheh..
hakza wrote on Aug 25, '07
ASALAMUALAIKOM,SAYA MENGALAMI ASID URIK YANG TINGGI 8.0 mg/dl dan satu lagi masalah ialah air kencing saya berbuih banyak ,microalbumin yg amat tinggi 154 mg/l,apa yang harus saya lakukan Tuan,saya takut buah pinggang saya akan rosak ,bantulah saya,TERIMA KASIH . ng7612@streamyx.com
emjayjb wrote on Aug 25, '07
Waalaikumussalam wbh hakza

Sila isi borang pada attachment word file di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/82

Emailkan segera untuk memudahkan saya membantu sdr.

Wassalam wallahualam

Emjay
cikmielah wrote on Aug 25, '07
er..
x reply pun soklan sy? er
emjayjb wrote on Aug 25, '07
Assalamualaikum bro Emjay,
saya baru je disahkan kena gout . dan rasanya sakit yg amat.
dr pembacaan sy td. betul ke ubat intra tersebut dr menghilangkan penyakit tersebut?
saya baru berusia 25 tahun (which i tink im too young to have this kind of penyakit.(maha suci Allah menurunkan penyakit ni-mungkin ada hikmah-Nya) ini keranaberat bdn sy sudah mencecah 100kg-(kena kurus ni) dan tinggi dlm 160cm.
1. kat mana na cari ubat intra tuh?
2. berat bdn sy dah mmg kirenya obersiti. perlu ke meminum susu full milk atau susu segar? na kurangkan berat bdn bukan ke kena minum low fat milk?

harap bro sila beri panduan. mintak sgt bls email sy beserta dgn jawapan utk soalan diatas.
mielah_dd@yahoo.com
Waalaikumussalam wbh

Bila byk reply panas, saya terlupa reply soalan sdr yang berbentuk reply sejuk. Sekarang ni memang banyak reply panas macam reply sdr sdr akubodo tu. Maaf.

INTRA adalah sebenarnya sejenis ubat berbentuk food supplement. Ia ni baik tetapi mahal. Ia di jual secara direct selling. Cuba cari gang direct selling, mungkin dia tahu. Kena budget at least rm600 - rm700 untuk beli INTRA ni.

Untuk saya menilai tahap kesihatan sdr dengan lebih lanjut, sila isi attachment fail word di dalam artikel bertajuk Ingin mengetahui tahap kesihatan kidney, lung and heart anda?? di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/82 dan segera emailkan kepada saya. Keadaan sdr agak serius memandangkan usia yang masih muda dah kena gout.

Segera isi borang tersebut dan email saya di kangmasjb@hotmail.com

Maaf wassalam wallahualam

Emjay
tafsirkajang wrote on Sep 10, '07
Asalamulaikum, Tuan, Saya mengalami bengkak di tumit dan pergelangan kaki hingga susah nak duduk tahiyat akhir ketika bersolat. Kaki kanan saya ada titinum kerana masalah kemalangan motorsikal 10 tahun lalu. Bila bengkak rasanya sakit terutamanya bila berjalan. tetapi tidaklah berdenyut sangat. Bila saya periksa di klinik darah saya mempunyai kandungan asid urik yang tinggi 8.3mg/ dl. Saya sangsi apakah ini masalah besi dalam kaki saya atau sakit gout (saya berat mengatakan gout). Pertama kali serangan 1 ogos 2007 lalu, sembuh seminggu dan berulang semula hingga hari ini. sukar untuk saya menjalani kehidupan harian. Saya juga mengidap darah tinggi tapi terkawal dan berumur 45 tahun pekerja kerajaan. Apakah nasihat tuan ?
Salam

Tafsir Serin
Putrajaya.
emjayjb wrote on Sep 12, '07
Waalaikumussalam wbh sdr tafsirkajang

Selamat datang ke laman emjay

Bila dah masuk besi ke dalam badan, kurangkan makan ayam kerana ia akan mendatangkan rasa sakit terutama waktu sejuk.

Asid urik sdr yang 8.3mg/ dl memang dah tinggi dah sama macam orang yang kena gout. Kemungkina besar sdr dah kena gout berdasarkan simptom dan umur sdr.

Gout ini memang begitu sekejap kena, lepas tu sembuh dan selepas satu tempuh waktu berulang semula.

Untuk saya lebih memahami dan membantu masalah sdr, sila isi borang pada attachment file artikel bertajuk Ingin mengetahui tahap kesihatan kidney, lung and heart anda?? di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/82

Sekian wassalam

Emjay
zatajul wrote on Sep 14, '07
Assalamualaikum wbth, lama dah tak menyampuk di sini... kes Tafsirkajang ni mirip kes suami saya, dan beberapa rakannya yg lain. Lepas guna intra nampaknya masalah mereka bertambah baik... tapi tak semua kes akan mengalami proses penyembuhan yg sama ada yg 3 hari dah ok.. paling lewat pun 90 hari...kalau nak cuba mail saya di zatajul@gmail.com. kami dok BBBangi... area2 UKM...
runarona wrote on Oct 26, '07
perindu@hotmail.com.
salamualaikom geng gout semua
hari hari saya kena gout.
satu hari doctor beritahu saya urik asid di keluarkan melalui air kencing maka saya ambil keputusan nak basuh dia dengan minum air banyak- banyak apatah lagi terkencing kencinglah saya oleh kerana saya sakit tak lalu nak ketandas saya guna calong botol plastik minyak kelapa. saya habiskan air +- 4 liter dalam masa 2 jam ....
pastu saya ambil colcichine (sebiji) besuk pagi dah tak sakit hari ni dah sembilan hari tak sakit... kalau tidak .....makan ubat ke tak makan ubat ke sakit semendang aje ...terima kasih Allah kau makbulkan doa aku padabulan puasa ini ...niiilah kupanjangkan petunjuk engkau itu kepada orang yang senasib dengan aku kau berkatilah ya allah kau tolonglah kami semua ni yang sakit goutni tak tahan betul rasanya.wallahualam.
emjayjb wrote on Oct 26, '07
perindu@hotmail.com.
salamualaikom geng gout semua
hari hari saya kena gout.
satu hari doctor beritahu saya urik asid di keluarkan melalui air kencing maka saya ambil keputusan nak basuh dia dengan minum air banyak- banyak apatah lagi terkencing kencinglah saya oleh kerana saya sakit tak lalu nak ketandas saya guna calong botol plastik minyak kelapa. saya habiskan air +- 4 liter dalam masa 2 jam ....
pastu saya ambil colcichine (sebiji) besuk pagi dah tak sakit hari ni dah sembilan hari tak sakit... kalau tidak .....makan ubat ke tak makan ubat ke sakit semendang aje ...terima kasih Allah kau makbulkan doa aku padabulan puasa ini ...niiilah kupanjangkan petunjuk engkau itu kepada orang yang senasib dengan aku kau berkatilah ya allah kau tolonglah kami semua ni yang sakit goutni tak tahan betul rasanya.wallahualam.
Waalaikumussalam wbh runarona

Alhamdulillah dan terima kasih kerana mengongsikan ilmu di Laman Emjay ini.

Saya menyokong usaha sdr tersebut.

Namun saya nasihatkan pembaca semua agar jadilah seperti orang Cina yang memang minum air banyak. Jangan tunggu sakit baru nak minum air banyak. Minumlah sekurang-kurang 2Liter sehari.

Semoga semua pembaca Laman Emjay diberikan Allah kesihatan

Wassalam

emjay
tafsirkajang wrote on Nov 9, '07
Salam sejahtera komuniti gout sekelian

Saya adalah tafsirkajang yang pernah mengemukakan soalan kepada emjay beberapa bulan lalu. Kini gout saya telah sembuh seperti sediakala bahkan sakit-sakit kerana besi dalam kaki pun dah tak terasa lagi. Saya ikut kebanyakan nasihat emjay seperti berpantang makan ( saya makan nasi sayur dan ikan(sedikit) sahaja) manakala banyak minum air. Tapi saya minum banyak air. Saya minum teh misai kucing 2 uncang sehari, minum intra dan ambil secawan youghart setiap hari. Mula dulu ada ambil pil allopronoul 100 mg sebiji sehari dalam sebulan tapi sekarang dah berhenti. Doktor nasihat minum kopi o kurang gula 4 cawan sehari. Hasilnya bila saya periksa darah minggu lepas asid urik telah kembali keparas normal. Badan saya pun makin langsing turun daripada 73 kh kepada sekitar 66-67 kg sahaja. Tapi saya sentiasa jaga makan. kalu silap sikit ambil makanan laut, sardin atau beberapa makanan sensitif lain seperti emjay jelaskan maka gout akan menyerang. saya dah dapat rasakan kalau silap makan sikit memang gout akan menyerang yanpa belas kasihan.T. Kasih emjay kerana khidmat nasihat tuan dan kepada pesakit gout ingatlah, makan kena jaga.... Salam
emjayjb wrote on Nov 12, '07
Alhamdulillah di atas rahmat yang dikurniakan ke atas tafsirkajang.

Satu perkara lagi ialah, kopi tu sebagaimana nasihat doktor kena elakkan.

Sekian

Emjay
kasya23 wrote on Dec 9, '07
aslmkm.saya nk tau pasal unat gaut awak tu.time kasy
emjayjb wrote on Dec 10, '07
kasya23 said
aslmkm.saya nk tau pasal unat gaut awak tu.time kasy
Waalaikumussalam wbh

Segalanya tentang gout dan ubat yang telah saya gunakan telah pun saya nyatakan di artikel dan reply saya di bawahnya.

Sekian wassalam

Emjay
mnajem wrote on Jan 7, '08
Assalamualaikum,

Saya berumur 27 nak masuk 28,disyaki kena gout. Ibu jari kaki kiri saya bengkak+berdenyut.

Gout ni setahu saya tidak boleh sembuh,cuma boleh dikawal saja kan?
Arwah ayah saya pernah kena gout.
emjayjb wrote on Jan 8, '08
Waalaikumussalam wbh

Gout ini adalah kerana aras asid urik yang tinggi di dalam darah. Bila aras asid urik ini dapat di kawal melalui permakanan maka gout telah sembuh. Namun kemudiannya sekiranya makanan tidak di kawal maka para asid urik akan meningkat dan dengan itu gout menyerang semula.

Emjay
mnajem wrote on Jan 8, '08
saya khuatir untuk menyambung pengajian di luar negara.. i.e takut rawatan di sana semestinya saya kena bergantung dengan "pharmaceutical drugs"... tapi wajib kena sambung belajar di sana... bagaimana agaknya kalau makanan yang dibeli tu kita tak tau ingredient dia apa i.e ada seafood etc.?
emjayjb wrote on Jan 10, '08
Pergilah berhijrah dengan belajar di luar negara.

Apabila di luar negara tu, selalu berdoa semoga Allah SWT sentiasa memudahkan agar dapat makan makanan halalan toyyiba iaitu yang halal dan baik. Kalau baik lagi, amalkan solat malam selalu 11 rakaat. Berdoalah berbagai-bagai termasuk dimudahkan belajar sdr dan dielakkan dari makanan yang tidak elok apatah lagi yang haram.

Emjay
fayagriva wrote on Mar 18, '08
akum....saya fazlley dr johor.
saya berminat untuk serta dalam perbincangan ini.
jus intra memang bagus...
emjayjb wrote on Mar 21, '08
Alhamdulillah fayagriva
shadira07 wrote on Jul 21, '08
saya selalu mengalami sakit (sengal) di bahagian buku lali. Apakah itu tandanya saya sudah terkena penyakit gaut. Adakah penyakit ini boleh semboh.
Mahathir bin khalib. Selangor
emjayjb wrote on Jul 21, '08
Itu memang antara simptom gout. Bila sdr makan makanan terlarang, sdr akan mengalami masalah pada buku lali ini. Bila makan makanan yang ok, buku lali pun ok.

Berjaga-jagalah dengan pantang larang dan langkah mengelakkan gout yang saya jelaskan di atas.

Emjay
sitiazura wrote on Aug 3, '08
Assalamualaikum.. saya skrg cukup susah hati tgk suami yg masih muda 28 tahun dah ada gout. mula2 kena di sendiri kaki kaki bawah dan skrg dah naik ke lutut. nak drive, sholat dan macam2 dah tak sesempurna.apatah lagi kerja dia cikgu kena gerak sana sini. bila sakit saya lah tempat dia melepaskan geram.. mmg saya sedih tapi saya faham penderitaan dan kesakitan org sakit gout ni.. teringin saya nak order jus intra tu..macamana yea? atau emailkan info just tu pada saya sitiazura@uum.edu.my. terima kasih.
emjayjb wrote on Aug 3, '08
Waalaikumussalam wbh

Makan jus intra tetapi kalau terus dengan permakanan yang buruk, kira buang duit sahaja.

Saya kini sangat menggalakkan pesakit gout mengambil kapsul habbatussauda kepada pesakit gout kerana ia murah iaitu RM20 sahaja untuk 60 biji kapsul yang boleh digunakan selama 30 hari. Kalau tambah dengan pengambilan teh misai kucing lagi baik. Kedua-dua ini masih jauh lebih murah berbanding intra.

Kepada sitiazura dinasihatkan banyak bersabar kerana orang yang sakit gout ini memang kurang minat dengan seks. Sekiranya ingin berhubung terus melalui telefon, sila dapatkannya dengan cara email saya di kangmasjb@hotmail.com

Sekian wassalam wallhuaqlam

Emjay
lomangpaneh wrote on Dec 23, '08
asalamualaikum ustaz, kapsul habatussauda ni keluaran mana yang ustaz cadangkan dan biasa dijual dimana? sekian terima kasih wasalam
emjayjb wrote on Dec 24, '08
Waalaikumussalam wbh

Saya mencadangkan kapsul habbatussauda kerana ia mudah dimakan namun harganya agak mahal sekitar RM20 bagi botol mengandungi 60 kapsul. Apa-apa jenama tidak menjadi masaalah kerana ia dibuat dari jintan hitam. Kalau nak murah beli yang perlu dikunyahdalam bentuk asal dan berharga sekitar RM10. Kalau nak murah lagi, belilah jintan hitam di mana-mana kedai, dibasuh, digoreng tanpa minyak hiingga masak dan bukan hingga hangus dan makanlah 2 kali sehari dan makanlah kira-kira 50 biji sekali makan. Kalau nak dikisar halus pun boleh.

Berkenaan kapsul habbatussauda, belilah jenama dimana setiap kapsulnya agak besar dan ini lebih menjimatkan. Bagi kapsul yang saiz besar, sekali makan hanya perlu 1 biji sedangkan yang saiz kecil perlu makan 2 biji sekali makan.

Sekian wassalam


Emjay
affandimajid wrote on Feb 8, '09
saudara emjay adakah elok mengamalkn minum air masak waktu pagi setelah bagun dari tidur?
emjayjb wrote on Feb 8, '09
Memang betul sangat tu, sebelum gosok gigi dan sebelum ambil air sembahyang.

Emjay
masyim wrote on Feb 11, '09
Assalamualikum warahmatullah...

Mungkin saya agak terkeluar dari topik GOUT ini, tapi saya mengalami masalah buah pinggang yang kronik dan sedang menjalani dialisis 3 x seminggu.
Sekarang ini saya mengambil Alpha Lipid, ianya adalah supplement yang mengandungi perlbagai vitamin dan badan saya segar tidak seperti pesakit buah pinggang yang lain...ALHAMDULILLAH.
Mohon dari Emjayjb utk berkongsi pengalaman & testimoni pesakit yg telah sembuh walaupun tidak sepenuhnya. dari Masyim
emjayjb wrote on Feb 11, '09
Waalaikumussalam wbh

Kepada sdr masyim, jemputlah datang ke rumah saya di JB. Boleh mendapatkan alamat saya dengan email kangmasjb@hotmail.com

Sekian

Emjay
atuk64 wrote on Feb 18, '09
ass..kum..tangan sebelah kanan pada siku sengal dan sakit bila mengangkat gayung dll..ada cara ubatkah...
emjayjb wrote on Feb 18, '09
Assalamualaikum wbh

Simptom ini macam simptom kemerosotan buah pinggang dimana antara kesannya ialah berbagai-bagai sengal seperti di bahagian jari, siku, kaki, pinggang dan lengoh-lengoh badan.

Cubalah amalkan nasihat saya di atas. Mulakan dengan minum air banyak setiap hari dan makanlah kapsul habbatussaudah.

Emjay
kakilogop wrote on Mar 22, '09
salam emjayjb, saya baru menemui laman kesihatan ini, saya nak bertanya kalau d kota kinabalu di mana sy boleh dapatkan kapsul habbatussauda . Tq
emjayjb wrote on Mar 22, '09
Hampir kesemua kedai yang menjual ubat tradisional melayu memang ada menjual kapsul habbatussauda ini dengan pelbagai jenama. Berdoalah dan carilah insya-Allah berjumpa.


EMjay
orhaida wrote on Mar 26, '09
assalamualaikum... saya jaida dari johor.. alhamdulillah ALLAH gerakkan hati saya untuk search ubat Allopurinol... saya pernah terseliuh teruk semasa camping di utm skudai tahun 1996...masa tu saya tingkatan 4.. masa tu saya kira berlebihan berat badan....apa yg pasti kaki saya akan sakit tiap kali memakai kasut yang tidak sesuai....namun akhir-akhir ini, di usai hujung 20-an, sakit kaki semakin kerap...apa lagi sejak bekerja dalam bidang perguruan yang menuntut banyak gerakan.... namun kebanyakan klinik swasta dan kerajaan yang saya pergi membuat rumusan saya obesiti dan pemakaian kasut tidak sesuai... mmg semuanya terjadi selepas saya pakai high hill... hinggalah seorang doktor di klinik swasta ni mengatakan yang ianya gout.... beliau bersungguh2 dgn rumusannya lalu mengambil sampe darah..bacaan agak tinggi 450... beliau memberikan kolkisin (ejaan tak sure) dan papasin... namun setelah seminggu tidak kurang juga lalu saya berjumpa lagi dgn beliau dan ujian darah diambil lagi...bacaan kali ini melebihi 700...
beliau terus menambahkan bekalan ubat allopurinol dan perlu dimakan sewaktu tidak sakit kaki... untuk pengetahuan anda, saya mmg gemar makin daging, makanan laut sejak dahulu..cuma akhir-akhir ini saya gemar makan rempeyek, tumpi dan minum susu anelene....makan dalam kuantiti yang memang banyak....

jadi adakah bacaan dari sampel darah ini boleh disahihkan gout?
emjayjb wrote on Mar 27, '09
Waalaikumussalam wbh

Ikutilah nasihat saya sebagaimana di dalam artikel di atas. Daging tu memang kena kurangkan dan rempeyek memang kena hentikan. Udang kerang ketam sotong hentikan dahulu. bila dah baik kalau nak makan makanlah sikit sahaja. Ayam kena kurangkan memakannya.

Jangan lupa makan habbatussauda, misai kucing dan juga minyak kelapa dara di samping minum air mati yang banyak.

Emjay

Sekian
jkarjuna wrote on Apr 6, '09
Jazakallahu khairan kathira... Saya mencari-cari info sebegini mengenai gout sudah lama. InsyaAllah saya akan cuba amalkan semua... sebelum ini tak tahu, jadi dok minum susu low fat... baru2 ni kena attack dekat sebulan bengkak, tapi tak makan luar (saya dah lama pantang daging dan sea food)... rupa2nya susu pun boleh sebabkan attack...

Satu lagi... saya juga nak ingatkan saudara2 kat luar kadang2 kita ni yang sakit, ada2 je org yang nak ambik kesempatan terutama org2 yang jual produk MLM... saya hampir jadi mangsa... dah lah jumpa org ni kat program seminar (program islamik), tersebut pula saya ni sakit gout terus dia ni yang buat muka 10 sen masa mula2 saya tegur, tiba2 jadi berminat nak bersilaturrahim dengan saya minta no. fon lagi... rupa2nya nak jual produk... sabar je lah...
kudincendol wrote on Apr 8, '09
Salam saudara2/i gout semua.

Saya sekadar nak kongsi pengalaman di samping ingin mendapatkan bantuan sebenarnya.

Saya first kena gout lebih kurang 4 atau 5 tahun yang lalu (tak pasti bila sebenarnya). Itu fasa pertama dan memang amat teruk. Lepas fasa 1 tu, memang pantang betul dan sehari selalu minum air suam, paling teruk pun 1 botol (1 liter). Tapi pantang macam mana pun, rupa2nya ilmu saya tentang gout ni sikit. Awal tahun ini kena gout yg teruk sekali lagi, yg di panggil fasa 2. Gout Fasa 2 ni, kalau search kat google, akan ambil masa utk sembuh. Kadang2 berminggu, kadang berbulan kadang bertahun.

Tapi baru2 ni saya dpt tahu, sebab gout saya kena semula kerana saya suka makan mee goreng, di samping kerap mengambil bijirin oat dgn kuantiti yg banyak.

Saya dpt tahu juga dari byk artikel berkaitan kesihatan, bahawa oat mengandungi asid urik yg "mild". Malah saya dah uji sendiri, walaupun tak makan sebarang bentuk mee, pantang habis, di samping byk minum air suam atau air mineral, ubat makan, tapi makan oat, bengkak gout tetap tak turun. Oleh itu, sape yg kena gout tu, kurangkan atau tak payah ambil oat. Memang oat ni alergik kpd pesakit goat.

Berkenaan roti canai tu, saya kurang pasti, sebab ada beza apabila makan roti Restoran mamak dan kedai mamak (atau melayu) biasa. Mungkin tepung yg digunakan berbeza. Malah, a/bila makan roti canai di Restoran mamak tanpa sebarang kuah takde rasa apa2 (takde gatal2 atau alergik).

Tapi sampai sekarang, gout saya masih naik/turun. Mungkin sebab saya kerap makan roti canai di kedai Melayu ? Mungkin juga saya kerap makan roti. Saya juga stop makan habbatus Sauda sebab saya dapati, ia meningkatkan nafsu seks saya, which is actually tak perlu bagi saya.

Di samping itu, akhir tahun lalu saya ada kencing manis. Tapi saya ada minum Kacip Emas. Alhamdullillah sekrg dah stabil. kalau tak makan pil Glucophage dan Januvia tapi byk minum air mineral/masak pun ok. Malah ada satu kali tu, rasa pening, bila check rupanya kandungan gula terlalu rendah, walhal tak minum pun Kacip Emas, cuma byk minum air masak je. Sekrg ni saya dah beberapa bulan tak minum Kacip Emas. Kacip Emas tu sebenarnya utk kencing manis bagi mereka yg benar2 teruk sahaja. Utk pengetahuan, kencing manis tu saya dapat sebab selama setahun-dua ini saya minum satu minuman kesihatan yg di jual secara pakej oleh MLM ni. Tak ingat minuman apa, tapi org yg jual tu kata boleh minum terus tanpa bancuh dgn air. Sebab minuman kesihatan tu daripada madu, jadi saya percaya dan amalkan. Bila kena kencing manis tempoh hari, atas nasihat doktor, saya check kandungan minuman kesihatan tu, di dapati ada madu di campur dgn GULA.

Jadi nasihat saya, tak payahlah beli produk2 kesihatan mereka. Kebanyakan produk2 kesihatan ini, w/pun mendapat kelulusan Kem Kesihatan, tetapi yg jual tu bukannya doktor bertauliah/terlatih. Kuantiti yg perlu di minum, cara minuman yg sesuai utk sesetengah pesakit tidak sama, jadi mana ada penjual yg tau kuantiti yg sesuai utk kita ? Kalau nak try juga, tak payah minum/makan byk2, dan hanya apabila sakit je baru try, tak sakit tak payahlah beli, nanti sakit plak. Bukan saya sorang yg dah terkena, adik-beradik angkat sebelah PakSu saya pun sampai koma, masuk wad sebab minum minuman kesihatan yg tak tentu hala. Saya tak ingat apa sakit dia sebab tu cerita lama. Cth lain, isteri saya dan anak kawan sepejabat isteri saya, minum Alpha Lipid, keluar gatal2 di kulit. Mula2 skit2 je, bila minum lagi, lagi byk. Bila isteri saya stop minum, gatal2 tu tak bertambah lah. Tapi sekrg susah nak hilang. Saya minum gak, tapi tak kena. Sebab itu saya kata, produk kesihatan alternatif ni kena berhati2, tgk dulu kesesuaian dgn alergi2 yg kita ada. Ada lagi satu produk kesihatan lain yg isteri saya cuba, baru minum 2 kali, dia dah semput. Sebab dia ada asma.

Lagi satu ialah ubat2 utk gout ni ada yg boleh menyebabkan darah tinggi. Baru2 ni lepas masuk wad (akibat gout) saya di sahkan kena darah tinggi, akibat sejenis ubat yg klinik bagi utk gout (nama ubat tu saya tak ingat).

Beberapa hari ini, saya tengah cuba makan madu asli. Tapi sebab madu yg saya beli tu mahal harganya, jadi saya budget makan madu 1 sudu je sehari. Ubat2 pil utk gout semua saya dah stop. Langsung tak usik. Alhamdulillah, nampak macam berkesan, gastrik saya kurang, bengkak gout pagi ni turun dah, rasa macam berat badan turun sikit. Kalau ada org jual madu asli yg murah2, boleh gak beli dan makan 2 sudu. Cuma tak tau camne nak pastikan madu tu asli atau tidak, tanpa make sure penjual tu marah. Kang keluarkan madu, kena marah dgn tukang jual, tak pasal.

Mungkin kalau ada yg susah sangat sakit dia tu nak kurang dan penyakit keturunan pula, boleh cuba rawatan refleksologi Al-Manarah (Tn Guru Dr Jahid). Tapi time kena rawat tu memang sakitlah dan kena buat beberapa kali (beberapa hari maksud saya). Kalau tak percaya dgn kaedah rawatan ini, tak payah lah susah2 datang, sebab dia takkan jadi.
emjayjb wrote on Apr 9, '09
Assalamualaikum wbh

Saya ingin mengulas reply dari kudincendol di atas.

1. Tentang oat, nasihat saya ialah jauhkan kerana penjelasan kudincendol di atas dan seorang sahabat baik saya yang minum pagi dengan oat mendapat buah pinggang yang parah.

2. Tentang roti canai dan roti, bacalah artikel saya bertajuk "Hidup lebih sihat tanpa tepung gandum putih (bleached)." di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/217. Bagi pesakit gout, diabetes dan buah pinggang, jauhilah produk tepung putih seperti roti dan roti canai.

3. Habatussauda meningkatkan nafsu seks. Bagi memahami masalah ini, sebenarnya pesakit gout, kencing manis dan buah pinggang sememangnya menghadapi masalah seks. Setengah isteri sangat marah kerana suaminya sudah tidak bernafsu lagi. Orang yang normal memang memerlukan seks tidak kira muda atau tua. Selagi tiada disbetes, gout dan masalah buah pinggang, seseorang lelaki sentiasa memerlukan seks kerana mereka normal dan sihat. Apabila sdr kudincendol mengidap gout, prestasi seksnya akan banyak merosot, Apabila kudincendol mengambil habbatussauda, goutnya akan semakin pulih dan buah pinggangnya juga semakin pulih dan ini akan menjadikan kudincendol kembali normal dan memerlukan seks yang normal. Ini sebenarnya adalah tanda pemulihan masalah gout pada kudincendol. Jadi persoalannya ialah mengapaperlu kudincendol hentikan pengambilan habbatussauda??

Sekian wassalam

Emjay
kudincendol wrote on Apr 11, '09
sebenarnya, bengkak gout saya masih ada. Pengambilan habbatussauda tidak menunjukkan sebarang penurunan kpd bengkak saya di samping pengambilannya dgn madu menyebabkan nafsu saya bertambah. Sebab itu saya stop habbatussauda dan mencuba Madu sahaja.

Sebenarnya, saya dapati dengan kuasa Allah, Alpha Lipid berjaya mengawal gout saya.Tapi sebab harganya yg mahal, maka saya bercadang mencari alternatif lain.

Baru2 ini saya terbaca mengenai khasiat kulit manggis utk pesakit gout & kencing manis. Mungkin saya patut mencubanya. Di kg saya ayah saya menanam 2 pokok manggis. Kalau ada peluang balik kg, mungkin saya akan mencuba.
hrateguh wrote on May 24, '09
salam..

Saya mengalami sakit pinggang & tapak kaki kanan yang teruk terutama selepas bangkit pagi. Air kencing sentiasa berbuih. Bila cek darah, asid urik tinggi. Pada waktu ini, saya amalkan allupurinol & kapsul asamurat (cengkih,halia dll) untuk asid urik & madu lebah sebelum tidur.

Selepas 6 bulan, simtom masih ada walaupun angin di badan kerap keluar.

1. Apakah perlu saya mengambil habatussauda menggantikan ubat amalan saya?

2. Adakah kencing berbuih ini membahayakan?

emjayjb wrote on May 24, '09
salam..

Saya mengalami sakit pinggang & tapak kaki kanan yang teruk terutama selepas bangkit pagi. Air kencing sentiasa berbuih. Bila cek darah, asid urik tinggi. Pada waktu ini, saya amalkan allupurinol & kapsul asamurat (cengkih,halia dll) untuk asid urik & madu lebah sebelum tidur.

Selepas 6 bulan, simtom masih ada walaupun angin di badan kerap keluar.

1. Apakah perlu saya mengambil habatussauda menggantikan ubat amalan saya?

2. Adakah kencing berbuih ini membahayakan?

Assalamualaikum wbh

Amalan sdr masih belum mencukupi untuk merawat gout. Habbatussauda perlu di amalkan. Namun ini pun masih belum mencukupi. Sekiranya sdr masih mengambil mee kuning dan nescafe, gout sdr tidak akan ke mana. Bacalah dan fahamilah nasihat saya secara menyeluruh di dalam artikel ini termasuk meminum air yang mencukupi.

Air kencing berbuih ini bukan merbahaya tetapi ia sekadar petanda bahawa mungkin sdr sudah mengalami kencing manis. Maknanya kes sdr sudah bertambah rumit.

Sekian. Sekiranya sdr mampu, datanglah ke rumah saya di JB. Tiada sebarang bayaran dikenakan.

Emjay
hrateguh wrote on May 27, '09
salam...

Selepas sehari mengambil habatussauda & misai kucing, mata rasa panas & sakit, badan bagai nak demam, pening - pening kepala, sakit pinggang & mengantuk, terutama waktu pagi.

Buang air kecil & besar lebih lawas dari biasa.

Saya juga banyak berpeluh ketika berjogging.

Apa nasihat emjay untuk kurangkan simtom di atas?

emjayjb wrote on May 27, '09
Alhamdulillah teruskan dengan pengambilan habatussauda & misai kucing, insyaAllah simptom ini akan hilang beberapa hari lagi. Jangan lupa untuk minum air banyak.

Jangan lupa pula ambil minyak kelapa dara satu sudu besar sehari. Ini pun akan menambah kesan tindak balas tetapi selepas beberapa hari insyaAllah OK.

Emjay
hrateguh wrote on May 27, '09
Salam...

Terimakasih atas nasihat di atas. Semoga Allah memberkati Emjay sekeluarga..

Simptom lain yang saya alami termasuk jantung berdegup kencang disusuli dengan sedikit peluh,
senang buang angin, air kencing lebih jernih & kurang buih (kecuali pagi selepas bangun tidur)..

Kadangkala jantung berdegup kencang adakah disebabkan oleh angin?
emjayjb wrote on May 27, '09
Assalamualaikum wbh

Jantung berdegup kencang tu mungkin kerana sdr makan krimer, produk 3 in 1 yang mengandungi krimer, krimer pekat manis, ais krim (mengandungi krimer) atau mungkin sdr gemar makan produk yang mengandungi margarine atau sdr gemar makan lemak daging. Sila baca artikel Salah Doktor @ salah bomoh @ salah siapa????? Ia mungkin berlaku kepada anda! di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/221 untuk memahami lanjt masalah berkaitan jantung dan rawatannya. Hentikan sama sekali produk-produk ini. Ia merosak jantung.

Emjay
abgkecik wrote on Jul 23, '09
saya kena gout semasa umur saya seawal 23 tahun. Sekarang dah hampir 44 tahun umur saya...paling teruk saya kena gout apabila kedua dua kaki saya bengkak teruk..tak boleh jalan..kena merangkak ke tandas & sebagainya. Itu dlm 10 tahun yg lepas & adakalanya hampir 2 tahun saya tak sakit(tak berpantang & tak makan ubat pun).Gout saya pun berpindah randah..ada masa sakit di tapak kaki...di buku lali dilutut & ada juga biasa terkena di jari tangan yg bengkok jari saya sampai skrg..

Jadi yang peliknya disini ..masalah penyakit ini saya rasa tak hanya pada pemakanan shj..ianya ada juga bersangkutan dgn emosi kita..jika kita selalu stres...gout senang menyerang..Wallahualam...

Minum air kosong banyak2...amalkan hidup yg sihat...sentiasa bersikap positif & bersangka baik dgn semua makhluk Allah & mknlah ubat seperti yg disarankan oleh pakar2 perubatan....Insyaallah...

Setiap penyakit itu ada penawarnya...jika belum sihat itu adalah dugaan Allah kpd makhluknya...saya pun masih belum sembuh...masih juga sakit2 & bertambah lagi penyakit...batu karang...darah tinggi & kencing manis...namun Alhamdulillah saya masih seperti org sihat seperti athelit dari segi luaran...

Akhir kata jangan kita berputus asa dalam apa jua dugaan..

Dari saya..Abu Yamin
ibnuarabi22 wrote on Aug 4, '09
last2 mati kelaparan.....makan dibulehkan asalkan ianya halal,tapi kurangkan untuk kesihatan. makan ikut sunnah rasul yg mulia mesti selamat insyaallah.
smellsam7781 wrote on Aug 27, '09
Salam...tuan... saya baru kena gout ni...memang benar sakitnya buat airmata saya mengalir... insyaallah saya cuba nasihat tuan ni..terima kasih banyak di atas ilmu yang tuan berikan..mudah-mudahan mendapat keberkatan dari allah. amin
http://jeng3x.blogspot.com/
raz61 wrote on Aug 28, '09
Dimana saya boleh dapatkan jus 23 herba intra ini?
izam28 wrote on Sep 3, '09
slm, ingin bertanya.. apa kaitan bahan porno dgn sakit ini? tlg penjelasan
emjayjb wrote on Sep 4, '09
izam28 said
slm, ingin bertanya.. apa kaitan bahan porno dgn sakit ini? tlg penjelasan
Waalaikumussalam wbh

Ilmu sewaktu saya belajar dahulu tidak diajarkan pula penjelasan kaitan porno dengan masalah buah pinggang. Begitu juga tidak diajarkan kaitan penjelasan antara menaiki motorsikal Jaguh dan yang sewaktu dengannya dengan masalah buah pinggang. Pembelajaran saya lebih secara praktikal dimana dibuktikan bahawa inilah yang berlaku apabila gemar porno atau gemar menaiki motorsikal Jaguh.

Kalau sdr ingin memantapkan ilmu ini, buatlah praktikal kepada diri sdr sendiri. Lihatlah pornografi selama sejam setiap hari dan lihatlah apa kesannya selepas 6 bulan dan kemudian beritahu saya.

Emjay
blm7 wrote on Sep 24, '09
Umur saya semasa kena gout adalah 25thn. mula2 susah nak percaya sebab cara saya kena pelik sikit. kaki saya kena gigitan serangga tapi xtau ape serangga yang gigit. lepas seminggu dia bernanah dan sakit di bahagian sendi ibu jari kaki. lepas pergi hospital dan luka gigtan hilang sakit yang dulu datang semula selepas 3bulan. bila cek doktor sahkan gout kerana asid urik dalam darah tinggi 0.73, normal 0.2-0.4. sekarang dah 2 tahun kadang2 datang dan paling sedih masa raya pertama sampai sekarang kena di sendi jari hujung kaki.nak jalan pun sakit jadi tunggu orang datang raya je. skang saya amalkan minuman habbatussawda(serbuk). ada juga beli intra dan juga alpha lipid masalahnya terlalu banyak nak minum. keliru juga saya tapi dah beli kena minum juga rasa rugi plak. lagi satu saya minum intra memang berkesan pada mulanya. bila saya stop selama sebulan xcukup bajet nak beli n bila saya amalkan semula macam dah xberkesan pula.
azharjaafar313 wrote on Sep 26, '09
Salam.. saya macam dah ada tanda2 nak kena gout ni. Selain dari tips2 yang diatas, boleh ke dibuat bekam (mengeluarkan darah) pada tempat yang sakit gout?
blm7 wrote on Sep 27, '09
saya ada jumpa website ni di internet dia gunakan kapsul diperbuat dari mutiara untuk dicampur dengan air dan minum supaya dapat meneutralkan asid dalam badan. apa pendapat ustaz dengan website ni http://www.sayonaragout.com/
emjayjb wrote on Sep 27, '09
Salam.. saya macam dah ada tanda2 nak kena gout ni. Selain dari tips2 yang diatas, boleh ke dibuat bekam (mengeluarkan darah) pada tempat yang sakit gout?
Waalaikumussalam wbh

Bekam ini memang satu sunnah. Bekam ini bukan sekadar bagus bagi gout namun ia juga baik bagi masalah-masalah lain.

Emjay
emjayjb wrote on Sep 27, '09
blm7 said
Umur saya semasa kena gout adalah 25thn. mula2 susah nak percaya sebab cara saya kena pelik sikit. kaki saya kena gigitan serangga tapi xtau ape serangga yang gigit. lepas seminggu dia bernanah dan sakit di bahagian sendi ibu jari kaki. lepas pergi hospital dan luka gigtan hilang sakit yang dulu datang semula selepas 3bulan. bila cek doktor sahkan gout kerana asid urik dalam darah tinggi 0.73, normal 0.2-0.4. sekarang dah 2 tahun kadang2 datang dan paling sedih masa raya pertama sampai sekarang kena di sendi jari hujung kaki.nak jalan pun sakit jadi tunggu orang datang raya je. skang saya amalkan minuman habbatussawda(serbuk). ada juga beli intra dan juga alpha lipid masalahnya terlalu banyak nak minum. keliru juga saya tapi dah beli kena minum juga rasa rugi plak. lagi satu saya minum intra memang berkesan pada mulanya. bila saya stop selama sebulan xcukup bajet nak beli n bila saya amalkan semula macam dah xberkesan pula.
Bagi sdr blm7, amalkan segala nasihat yang saya berikan di atas.

Yang penting selepas itu, ambillah habbatussauda, teh misai kucing dan minyak kelapa dara. Intra tu mahal sangat.

Emjay
emjayjb wrote on Sep 27, '09
blm7 said
saya ada jumpa website ni di internet dia gunakan kapsul diperbuat dari mutiara untuk dicampur dengan air dan minum supaya dapat meneutralkan asid dalam badan. apa pendapat ustaz dengan website ni http://www.sayonaragout.com/
Saya sudah tengok laman tersebut. Kalau nak cuba boleh. Kalau ada kesannya kelak beritahulah saya di Laman Emjay


Selamat mencuba.

Emjay
dibah123 wrote on Sep 30, '09
Assalamualaikum....nk berkongsi maklumat ngan kawan2 smue....alhamdulillah, sy kini adalah salah seorg drpd ahli bioasli yg mana syarikat yg mengeluarkan produk berasaskan minyak klapa dara.....yg mana produknya mengandungi bahan2 utamanya iaitu mnyk klapa dara pure, mnyk klapa dara+habatussauda serta produk minuman (jus&teh) yg mengandungi bahan2 alami misai kucing, mas cotek,.....harganya pun murah, smue org boleh cube&mampu....sekiranya sudi, kawan2 boleh melayari www.jutawan.bioasli.com
www.bio-asli.com/?id=dibjutawan786. kat situ smue maklumat ade atau hubungi @msg saya, hadibah 012-7360367(maxis)/014-8015148(celcom)atau melalui email jijah_ibam@yahoo.com. sama2 berkongsi apa yg baik utk dimanfaatkan bersama....


dibah123 wrote on Sep 30, '09
produk dlm bentuk kapsul & cecair....amalkan slalu, i.Allah berkat kesabaran&rezki Allah bagi.....penyakit kite akan beransur pulih & dapat mengefisyenkan ketahanan badan kite...
joiikedaun wrote on Oct 12, '09
saya di sahkan kena gout pada minggu terakhir ramadhan,mulanya saya ingat lutut dan lengan saya terseliuh saya pergi mengurut.bangun dari tidur tangan dan kaki saya semua bengkak dan saya ke klinik ,doctor kata saya kena gout...saya diberi ubat allapurinol 300mg untuk dimakan selama 3 bulan
tuhan saja yg tahu samapi skg saya sembahyang atas kerusi....sekarang saya amalkan minum teh misai kucing,kapsul habbatusauda,madu asli dah masuk 3 minggu...alhamdulillah gout saya dah kurang sikit..namun saya masih lagi sakit bahagian lutut dan lengan,saya juga minum air beralkali.
apa yang harus saya lakukan lagi untuk hilangkan rasa sakit lengan dan lutut ini
emjayjb wrote on Oct 12, '09
saya di sahkan kena gout pada minggu terakhir ramadhan,mulanya saya ingat lutut dan lengan saya terseliuh saya pergi mengurut.bangun dari tidur tangan dan kaki saya semua bengkak dan saya ke klinik ,doctor kata saya kena gout...saya diberi ubat allapurinol 300mg untuk dimakan selama 3 bulan
tuhan saja yg tahu samapi skg saya sembahyang atas kerusi....sekarang saya amalkan minum teh misai kucing,kapsul habbatusauda,madu asli dah masuk 3 minggu...alhamdulillah gout saya dah kurang sikit..namun saya masih lagi sakit bahagian lutut dan lengan,saya juga minum air beralkali.
apa yang harus saya lakukan lagi untuk hilangkan rasa sakit lengan dan lutut ini
Sdr joikedaun.

Dalam nasihat saya tu terdapat saranan untuk makan minyak kelapa dara. Dah makan ke belum? Kalau belum, makanlah 1 sudu besar sehari.

Selain dari itu sdr perlu sekali kenalpasti senarai makanan yang sdr perlu elakkan sebagaimana saranan saya di atas.

Semoga sdr pulih dari gout.

Emjay
ssbhs wrote on Oct 20, '09
saya baru kene gout ,
bolehkah saya menggunakan rawatan bekam ?
emjayjb wrote on Oct 20, '09
ssbhs said
saya baru kene gout ,
bolehkah saya menggunakan rawatan bekam ?
Rawatan bekam boleh dilakukan. Nabi Muhamad SAW pun dahulu ada berbekam.

Emjay
ssbhs wrote on Oct 21, '09
assalamualaikum ,
saya nk tnya ?
habbatussauda yg minyak pnya mcm mana mahu gune ?
emjayjb wrote on Oct 21, '09
Waalaikumussalam wbh

Minumlah minyak tersebut ikut aturannya.

Emjay
zurizack wrote on Nov 20, '09
salam tuan, saya berumur 28 tahun....kelmarin saya telah diramalkan 90% mengalami simpton gout...cuma belum disahkan lg kerana saya perlu membuat ujian darah untuk mengesahkannya...pada awalnya saya fikir mungkin kaki saya terseliuh kerana teasa sakit terutama di bahagian buku lali..sebelum itu pinggang kanan saya teramat sakit terutama apabila mahu membogkok..mengiring ataupun berdiri...sakit tersebut melarat ke bahagian tepi tapak kanan....pernah terfikir juga mungkin simpton gout....tapi tidak mungkin kerana saya fikir gout tidak menyerang seorang perempuan dan pada usia saya sekarang...apa pandangan tuan? perlukah saya menjalani ujian darah tersebut atau tidak?untuk makluman tuan juga saya seorang yang agak aktif...itulah yang amat merisaukan saya sekarang..terima kasih.
emjayjb wrote on Nov 21, '09
salam tuan, saya berumur 28 tahun....kelmarin saya telah diramalkan 90% mengalami simpton gout...cuma belum disahkan lg kerana saya perlu membuat ujian darah untuk mengesahkannya...pada awalnya saya fikir mungkin kaki saya terseliuh kerana teasa sakit terutama di bahagian buku lali..sebelum itu pinggang kanan saya teramat sakit terutama apabila mahu membogkok..mengiring ataupun berdiri...sakit tersebut melarat ke bahagian tepi tapak kanan....pernah terfikir juga mungkin simpton gout....tapi tidak mungkin kerana saya fikir gout tidak menyerang seorang perempuan dan pada usia saya sekarang...apa pandangan tuan? perlukah saya menjalani ujian darah tersebut atau tidak?untuk makluman tuan juga saya seorang yang agak aktif...itulah yang amat merisaukan saya sekarang..terima kasih.
Waalaikumussalam wbh

Mengikut keterangan yang diberikan, sdr sudah kena gout atau segala penyakit yang berkaitan buah pinggang. Itulah sebabnya sdr sakit pinggang (kanan) bila membongkok.

Bacalah, fahamilah dan amalkanlah nasihat saya di atas semoga insya-Allah masaalah sdr disembuhkan Allah.

Emjay
vulpinegurls87 wrote on Nov 22, '09
assalamualaikum...En. Emjay, saya ada sedikit kemusykilan mengenai kesihatan mak saya yang kini berusia 79 tahun. Kini dia disahkan mengidap penyakit gout dan selalu mengadu letih ...apa yang perlu saya buat bagi mengatasi keadaan tersebut..apakah boleh saya memberinya minum air intra ataupun pil habatussauda memandangkan usianya yang telah lanjut. terima kasih..
emjayjb wrote on Nov 22, '09
Waalaikumussalam wbh

Bacalah artikel saya di atas. Cari punca mengapa dia kena gout mengikut panduan dalam artikel saya di atas, lalu hentikanlah punca tersebut.

Selepas itu, berilah teh misai kucing 2 paket sehari, habbatussauda dalam kapsul makan ikut aturan, minum minyak kelapa dara 1/2 sudu besar 2 kali sehari.

Emjay
arman0 wrote on Dec 14, '09
habbatus sauda tu boleh makan 200 biji sekali makan atau tidak perlu di goreng boleh terus makan
arman0 wrote on Dec 14, '09
salam kenapa tak boleh urut belakang pinggang atau tulang belakang
emjayjb wrote on Dec 15, '09
Sdr arman0, kalau mudahnya, belilah sahaja kapsul habbatusauda yang mengandungi serbuk habbatussauda yang telah dihancurkan. Makan ikut saranan pada botol tu. Di Kedai Maidin, Habbatussauda berbentuk kapsul dapat dibeli dengan harga paling murah iaitu RM9 sahaja mengandungi 60 biji kapsul habbatussauda. Aturan makan pada botolnya ialah ambil satu kapsul pagi dan satu kapsul malam. Belilah di Maidin.

Urut dibelakang dibahagian pinggang dikhuatiri akan mencederakan buah pinggang. Buah pinggang orang Melayu banyak bermasalah dan apabila mengurut, buah pinggang bermasalah ini akan cedera dan inilah yang perlu dielakkan.

Emjay
zainulaz wrote on Dec 30, '09
salam, saya mengidap gout sejak 2006 dan dah mencuba mutiara zam-zam (www.sayonaragout.com) sejak 2 bulan lepas. alhamdulillah dapat rasa bahagian kaki yang sering diserang terasa lebih ringan dan tidak terasa sengal2. Tapi yang paling penting ialah meminum air putih dgn kuantiti yg banyak setiap hari berbanding air2 yg lain. Jika ingin berkongsi pengalaman, boleh lah email saya di zainulazhari@yahoo.co.uk
saifulronan wrote on Jan 6, '10
Salam Saudara Emjay, Saya bengkak di jari kaki yg kedua selepas ibu jari kaki. Saya diberi doktor antibiotik dan paracetamol..Alhamdulillah keesokan harinya baik sedikit tp saya demam dan keluar bintik2 merah di badan. Pinggang sebelah kanan pulak lenguh2, apakah petanda itu saudara? Terima kasih :)
daerk87 wrote on Jan 21, '10
salam saudara..sy ingin bertanya..adakah sapuan2 seperti minyak angin dapat melegakan sakit yg dialami?
emjayjb wrote on Jan 22, '10
Bagi sakit gout dan sakit berkaitan buah pinggang, ubat-ubat sapun mungkin bertindak secara melegakan secara sementara sahaja macam pain killer.

Emjay
nidadaros wrote on Feb 1, '10
As salam, saya mengalami sakit tumit yang berpanjangan terutama sewaktu bangun pagi. Adakah ianya tanda-tanda gout atau masalah lain?
emjayjb wrote on Feb 1, '10
As salam, saya mengalami sakit tumit yang berpanjangan terutama sewaktu bangun pagi. Adakah ianya tanda-tanda gout atau masalah lain?
Assalamualaikum wbh

Ya begitulah sdr sudah ada tanda-tanda gout

Emjay
zieyzamm wrote on Feb 7, '10
salam...saya berumur 24thn..sy telah mengalami kencing berbuih....kadang2 sy mengalami sakit pinggang...
saya pernah amalkan habatusaudah...tp sy still kencing berbuih...apakah simpton yang sy alami???
emjayjb wrote on Feb 7, '10
salam...saya berumur 24thn..sy telah mengalami kencing berbuih....kadang2 sy mengalami sakit pinggang...
saya pernah amalkan habatusaudah...tp sy still kencing berbuih...apakah simpton yang sy alami???
Telefonlah saya. Sdr boleh dapatkan no tel saya melalui email kangmasjb@hotmail.com

Emjay
ciklie2001 wrote on Feb 9, '10
emjayjb wrote on Feb 9, '10
Terima kasih ciklie2001

Emjay
nazafamili6872 wrote on Feb 24, '10
Assalamualaikum...
Alhamdulillah sy mbca laman ustaz, byk manfaat yg sy dpt, baru2 ni sy ada mengambil ujian darah dan menunjukkn kandungan kolestrol LDL dari 2.9 mmol/L kpd 3.8 mmol/L dan acid urid dr .35 mmol/L kpd .38 mmol/L sy tlh meningkat berbanding setahun yg lalu, dr pemakanan yg d lrg utk pesakit gout sprtmana yg ustaz beritahu byk benda yg kerap kali sy mkn, insyaallah sy akan cuba mengurangkannya demi menjaga kesihatan memandagkan dlm famili sy kandungan darah mrk sama sprt sy. Skrg ni sy suka minum blended soy + whey protein + susu low fat adakah ini akan meningkatkn kndugan acid uric sy dan mane stukah yg lebih baik antara minyak ikan atau habatusaudah. TQ
emjayjb wrote on Feb 24, '10
Waalaikumussalam wbh

Kacang soya masih boleh dimakan oleh pesakit gout namun janganlah terlalu banyak dan kerap. Whey protein saya tiada ilmu. Susu low fat hendaklah digantikan dengan susu fullcream atau susu segar.

Minyak ikan adalah baik juga untuk diambil oleh pesakit gout namun minyak zaitun dan minya kelapa dara adalah baik juga untuk diambil.

Habatussauda adalah baik sekali maklumlah Nbi Muhamad SAW menyuruh kita semua memakannya.

Emjay
ctijok wrote on Mar 15, '10, edited on Mar 15, '10
Assalamualaikum wbh...
Ustaz, saya telah disahkan oleh doktor bahawa buah pinggang saya mengalami kerosakan sebanyak 20%.Dia memberikan saya ubat suppliment (ketosteril) 2 biji malam dan 2 biji pagi disamping ubat darah tinggi dan kolesterol. Tetapi saya masih berharap dapat mencari ubat alternatif yang lebih berkesan dan dapat memulihkan buah pinggang saya. Adakah dengan mengamalkan pantang larang yang ustaz berikan utk penyakit gout dan mengamalkan minum minyak kelapa dara, habatussauda dan minum teh misai kucing dapat menyembuhkan dan memulihkan buah pinggang saya. Walau bagaimanapun saya akan cuba mengikut pantang larang yang ustaz gariskan di atas. Boleh ustaz membantu saya.
emjayjb wrote on Mar 16, '10
ctijok said
Assalamualaikum wbh...
Ustaz, saya telah disahkan oleh doktor bahawa buah pinggang saya mengalami kerosakan sebanyak 20%.Dia memberikan saya ubat suppliment (ketosteril) 2 biji malam dan 2 biji pagi disamping ubat darah tinggi dan kolesterol. Tetapi saya masih berharap dapat mencari ubat alternatif yang lebih berkesan dan dapat memulihkan buah pinggang saya. Adakah dengan mengamalkan pantang larang yang ustaz berikan utk penyakit gout dan mengamalkan minum minyak kelapa dara, habatussauda dan minum teh misai kucing dapat menyembuhkan dan memulihkan buah pinggang saya. Walau bagaimanapun saya akan cuba mengikut pantang larang yang ustaz gariskan di atas. Boleh ustaz membantu saya.
Waalaikumussalam wbh

Ubat-ubat dan rawatan yang saya jelaskan di atas tidak boleh menyembuhkan dan hanya Allah SWT sahaja yang berhak menyembuhkannya. InsyaAllah dengan kaedah rawatan yang saya nyatakan di atas, bila di amalkan dan Allah SWT redha, maka sembuhlah.

Istiqomahlah dengan kaedah rawatan yang saya sebutkan di dalam artikel ini, mudah-mudahan Allah menyembuhkan sdr.

Emjay
hackdyn wrote on Mar 17, '10
adakah penyakit gaut ni boleh sembuh???....
emjayjb wrote on Mar 17, '10
Insya-Allah

Emjay
ambesedih wrote on Mar 20, '10
assalamualaikum..

macammana nak merawat kencing manis...........
mimiemazila wrote on Mar 24, '10
A'kum..saya pun nk berkogsi juga tentang sakit gout..suami saya mengalami sakit gout lebih kurang 4 tahun..
bile buet keje berat sikit mula la kaki nye bengkak..makne nya gout dah dtg la..bile tesalah makan pun mula la kaki bengkak..skrg ni ni saya bg suami saya mkn cm vitamin..alhamdulillah gout kurang..
zalina2010 wrote on Apr 12, '10
emjay, apa kaitan "Elakkan menonton bahan pornografi" dengan gaout?? hairan!
manrd wrote on Apr 13, '10
salam..saya dan keluarga mengamalkan meminum air yg di tapis menggunakan penapis"BIO-AURA" dari produk HI-O..adakah air ini baik utk kesihatan selain air yang telah di masak?utk pengetahuan saudara,saya juga salah seorang yg menghidap penyakit gaut..
emjayjb wrote on Apr 15, '10
emjay, apa kaitan "Elakkan menonton bahan pornografi" dengan gaout?? hairan!
Apa nak di hairankan?Berjimak suami isteri berbanding berzina perbuatan sama namun akibat dari perbuatan ini adalah berbeza. Sebagai analoginya, anda beli ayam goreng dan makanlah ayam goreng tersebut, pastinya cara makan pun berbeza berbanding anda mencuri ayam goreng Pak Mat dan memakan ayam goreng curi ini. Itulah sebabnya akibat dari berzina, seorang lelaki bujang dapat dikenali berdasarkan kesan yang Allah berikan akibat berzina.

Seorang lelaki apabila menonton bahan pornografi, mereka akan terangsang. Secara normal apabila seorang lelaki terangsang, saluran normalnya adalah berjimak dengan isteri. Namun bagi mereka terutama sekali orang bujang, apabila terangsang tiada jalan keluar. Apabila seorang lelaki bersuami menonton pornografi dipejabat, mereka juga terangsang namun tiada jalan keluar sehingga beberapa jam lamanya dan ini memberikan tekanan kepada buah pinggang dan menyebabkan kecederaan kepada buah pinggang. Kecederaan buah pinggang mengakibatkan sebahagian bahan toksik tidak dapat dikeluarkan dan inilah menyebabkan bahan toksik ini berkumpur di sendi dan mengakibatkan gout.

Emjay
emjayjb wrote on Apr 15, '10
Saya tiada maklumat mengenai produk bio aura ini. Namun meminum air bertapis biasa yang tidak dididihkan adalah baik. Walau pun air bertapis baik namun sekiranya anda minum sedikit sahaja air ini setiap hari, gout sdr tidak akan beransur puleh. Untuk memulihkan buah pinggang, banyak perkara perlu diambil kira sebagaimana artikel saya di atas.

Emjay
realnaze wrote on Apr 21, '10
saya nak tanya adakah pesakit gout boleh makan makanan seperti tauhu,tempe,taugeh
emjayjb wrote on Apr 25, '10
saya nak tanya adakah pesakit gout boleh makan makanan seperti tauhu,tempe,taugeh
Insya-Allah boleh

Emjay
realnaze wrote on Apr 28, '10
tp bukankah tempe,tauhu berasal dari keluarga kacang
emjayjb wrote on Apr 29, '10
Kacang hijau pun keluarga kekacang juga tetapi ia boleh di makan oleh pesakit gout. malahan ia ubat bagi jantung.

Emjay
realnaze wrote on Apr 29, '10
kacang hijau yang digunakan utk bubur atau kacang pis?
emjayjb wrote on Apr 29, '10
Kacang hijau yang buat bubur kacang tu.
realnaze wrote on Apr 29, '10
bagaimana pula dengan air kacang soya?
t3001320 wrote on May 18, '10
dino
Saya mengalami gout sejak berumur 34 thn dan pada umur 46 thn saya disahkan diabetes dan hypertension dan saya skrg ini saya telah menjangkau 51 thn. Saya difahamkan penyakit yang saya alami adalah sepanjang hayat dan perlu dikawal. Sekiranya saya mengamalkan nasihat yang di atas bolehkah saya berhenti makan ubat yang dibekalkan pihak hospital.
syahdanysh wrote on May 18, '10
Salam emjay,

Sila beri penerangan tentang penyakit saya ni..saya mengalami sakit kaki dibahagian tumit sahaja.bila bangun pagi teramatlah sakitnya.bila duduk lama dan terus berjalan pun sakit di tumit.tapi bila dah berjalan lama,tak sakit pula..apa sebabnya agaknya?..saya pening lah..doktor pun dah dua tiga org yg periksa..tapi mereka tak dapat simpulkan apa penyakit saya..bila saya kata adakah gout..doktor kata tak..padahal tumit saya tu tak bengkak pun..bila tekan dgn jari pun tak sakit...tapi bila nak pijak ke bumi tu sakit sangat2...tolong lah saudara kalau leh tolong...

Salam.
syahdanysh wrote on May 18, '10
email saya di syahblack@yahoo.com

Thanks...
pheli72 wrote on May 19, '10
selamat sejahtera semua...
saya baru saja mengikuti post-post kat sini.. saya bukannya nak mempromosi atau sebagainya tetapi terus terang saya adalah pengedar produk 4life. Sepanjang pengetahuan saya yang baru 3 bulan menjadi ahli syarikat ini. Dah beberapa orang yang sembuh dari penyakit GOUT setelah memakan Transfer Factor Advance sahaja. Yang terdekat adalah emak saya sendiri. Dia mengalami gout dah 4 tahun dibahagian pergelangan kaki kanan. Kalau sakit goutnya menyerang..sengsara bukan main lagi. Jawabnya.. terpaksa minta suntikan untuk meredahkan rasa sakit. itupun bertahan dalam 2-3 hari ja..lepas tu sakit balik. Satu kali suntikan pula rm60. Setelah memakan TF advance.. dalam 10 hari je sembuh dan sehingga kini guot emak saya tidak pernah menyerang lagi.... mungkin saudara saudari kat sini boleh mencubanya....Terima kasih..
emjayjb wrote on May 20, '10
dino
Saya mengalami gout sejak berumur 34 thn dan pada umur 46 thn saya disahkan diabetes dan hypertension dan saya skrg ini saya telah menjangkau 51 thn. Saya difahamkan penyakit yang saya alami adalah sepanjang hayat dan perlu dikawal. Sekiranya saya mengamalkan nasihat yang di atas bolehkah saya berhenti makan ubat yang dibekalkan pihak hospital.
Insya-Allah anda boleh pulih dengan nasihat saya di atas tu. Sekiranya sdr boleh datang ke rumah saya lagi baik dan saya boleh membantu sdr.

Emjay
emjayjb wrote on May 20, '10
Salam emjay,

Sila beri penerangan tentang penyakit saya ni..saya mengalami sakit kaki dibahagian tumit sahaja.bila bangun pagi teramatlah sakitnya.bila duduk lama dan terus berjalan pun sakit di tumit.tapi bila dah berjalan lama,tak sakit pula..apa sebabnya agaknya?..saya pening lah..doktor pun dah dua tiga org yg periksa..tapi mereka tak dapat simpulkan apa penyakit saya..bila saya kata adakah gout..doktor kata tak..padahal tumit saya tu tak bengkak pun..bila tekan dgn jari pun tak sakit...tapi bila nak pijak ke bumi tu sakit sangat2...tolong lah saudara kalau leh tolong...

Salam.
sdr lelaki ke wanita?

Emjay
pisangku781 wrote on May 24, '10
assalamualaikum ..boleh tak ustaz beri alamat ustaz pada alamat email ini pisangku781@yahoo.com
emjayjb wrote on May 25, '10
Waalaikumussalam wbh

Sudah saya emailkan

Emjay
blackie1812 wrote on Jun 5, '10
Nak tanya? abah kanmasa tu makan kalau tak silap nurung puyuh~ kaki dia sakit lagi ? memang ada masa lah buah pinggang? can i knw apa jer rawatan yg ada utk penyembuhan. @ astaga85@hotmail.com
emjayjb wrote on Jun 11, '10
Nak tanya? abah kanmasa tu makan kalau tak silap nurung puyuh~ kaki dia sakit lagi ? memang ada masa lah buah pinggang? can i knw apa jer rawatan yg ada utk penyembuhan. @ astaga85@hotmail.com
seandainya seorang makan burung sebagai ikhtiar untuk pulih tetapi paad masa yang sama makan mee kuning dan pulut, maka tiadalah gunanya makan burung puyuh.

Tidak makan mee kuning dan pulut tetapi minum air sunquick dan limau sunkist insyaAllah tetap sakit malahan amat berbisa.

Menjaga segala pantang larang tetapi makan pula ikan keli dan cendawan maka insyaAllah goutnya amat sakit sekali.

Bagi pesakit gout, jagalah segala pantang larang disamping memakan segala yang saya sarankan.

Emjay
ady5558 wrote on Jun 27, '10
baru-baru ni,saya mengalami bengkak dikaki, sehingga nak berjalan pun sakit...selepas jumpa doktor,dia bagi ubat tahan sakit dan ubat gout..apakah makan yang perlu saya pantang?bolehkah saya makan laksa?dan satu lagi, ikan kembung boleh tak?
ady5558 wrote on Jun 29, '10
org cakap makan laksa sakit urat..laksa ini ada kaitan tak dgn pantang larang
emjayjb wrote on Jul 8, '10
Kiranya sdr ni dah confirm kena gout.Laksa boleh makan kerana laksa dibuat dari tepung beras.Ikan kembung pun insyaAllah boleh.

Tentang pantang larangnya, bacalah nasihat saya dengan teliti dalam artikel ini. Banyak pantang larangnya namun makanan yang masih boleh dimakan pun banyak juga. Roti canai tak boleh makan tetapi toseh dan capati boleh dimakan. Mee kuning tidak boleh dimakan tetapi spagetti dan makaroni boleh dimakan begitu juga bee hoon.

Bacalah dan fahamilah. Selain tu bertaubatlah.

Emjay
umminor wrote on Jul 8, '10
Assalamuaalikum saudara emjayjb, saya berusia 42 thn,serangan gout telah 2 kali saya terima...sakitnya YA ALLAH tak terkata....sekarang ni saya sedang sakit.malam td serangan kedua jan 12.45 mlm..doktor cucuk..pg ni sakitnya masih ada...saya surf internet tentang gout..terjumpa laman ni..terima kasih atas semua maklumat yg ustaz berikan/..saya nak tanya minuman soya ptotin keluaran Cosway boleh minm tak? Serangan pertama bulan 5 lalu kena kat ibu jari kaki kanan,,sekarang kena tapak kaki kanan juga...sehari sebelum kena saya makan semua benda2 yg ustaz senaraikan spt kacasng gajus, minumn soya yeos,ikan sardin,rempeyek..bunga kobis . Saya terima sakit ini sbg khifarah dr aLLAH...Semoga saya diberi kekuatan dan ketabahan melalui UjianNYA ini.
arfatimah wrote on Jul 14, '10
saya seorang wanita berusia 45thn saya pada mulanya ingat saya mendapat sakit lutut tapi lama kelamaan sakit lulut saya berasa terlalu sengal hinggakan untuk sembahyang dan buang air pun terlalu sakit dan sekarang sakit seperti sengal dan panas terasa disiku kiri dan kanan serta kedua-dua belah buku lali kaki dan ibu jari kaki kanan saya ...Ada kah ini juga pertanda sakit gaut yang saya hidapi....
emjayjb wrote on Jul 14, '10
Assalamualaikum wbh arfatimah

Begitulah saya kira sdr sudah menghidapi gout

Emjay
diriini wrote on Jul 17, '10
Bolehkah dihilangkan lingkaran putih disekeliling mata hitam, umur 45 tahun
albaqir wrote on Jul 26, '10
Untuk ma'luman tuan saya adalah pengidap penyakit gout,Alhamdulillah setelah mengamalkan meminum segelas perahan air lemon (sebiji) dan madu (satu sudu makan) (setiap pagi sebelum makan apa-apa),penyakit gout saya telah pulih.Harapan agar mereka yang mengalami penyakit gout dapat mencuba cara ini,mudah-mudahan ianya dapat membantu.
khirulapiz wrote on Jul 30, '10
En,

Saya ingin tahu kenapa tidak baik memakan multivitamin dan kaitannya dengan gout. Saya berumur 31 tahun dan telah makan multivamin sejak awal 20 an seperti Executive B Complex dan Surbex Zinc sehingga sekarang.

Terima Kasih

Hafiz
emjayjb wrote on Jul 31, '10
Multivitamin adalah bahan kimia bukan semulajadi. Tok nenek kita dahulu tak makan pun multivitamin dan alhamdulillah sihat walafiat mereka. Bagi saya pengambilan makan semulajadi yang mengandungi pelbagai vitamin adalah lebih baik bagi kesihatan manusia. Saya cinta yang asli dan bukan yang tiruan.

Emjay
khirulapiz wrote on Jul 31, '10
Setelah meneliti artikel tuan dan beberapa lagi di Internet, walaupun sy tidak ada sebarang penyakit hingga sekarang,takut masa hadapan kimia2 ini merosakkan hati saya pulak.. Saya bersetuju juga dengan pendapat ini . Setelah menghabiskan botol terakhir, saya bercadang untuk menggantikan pemakanan multivitamin ini dengan herba semulajadi seperti Tongkat Ali, Habbatus Sauda dan Juga Madu lebah. Harga pun smuanya murah-murah berbanding Vitamin yang saya makan tu berharga RM70 sebotol / sebulan.

Tongkat Ali dan Habbatus sauda sy lihat di Mydin hanya beberapa belas ringgit. Madu di pasar pun RM15 sebotol.

Terima Kasih kerana artikel ini.

Hafiz.
emjayjb wrote on Aug 2, '10
Hafiz, tongkat ali tu eloknya jangan diamalkan. Yanag lainnya tu oklah.

Emjay
khirulapiz wrote on Aug 4, '10
Artikel Tentang Bahaya Beberapa Vitamin...

Dangerous Supplements

We Americans do love our dietary supplements. More than half of the adult population have taken them to stay healthy, lose weight, gain an edge in sports or in the bedroom, and avoid using prescription drugs. In 2009, we spent $26.7 billion on them, according to the Nutrition Business Journal, a trade publication.

What consumers might not realize, though, is that supplement manufacturers routinely, and legally, sell their products without first having to demonstrate that they are safe and effective. The Food and Drug Administration has not made full use of even the meager authority granted it by the industry--friendly 1994 Dietary Supplement Health and Education Act (DSHEA).

Baca seterusnya disini:

http://health.yahoo.net/articles/nutrition/dangerous-supplements
sarangni81 wrote on Aug 5, '10

ASSALAMUALIKUM..

Ustaz, bole tak saye nak tanye minyak kelapa dara tu ada di jual di kedai ubat tradisional ke.. apakah jenama yg baik sebab takut terbeli yg tak ori..
adamufaith wrote on Aug 8, '10
slm ustaz
terima kasih ats artikel ni. ayh saya b'umur 49thn hidap penyakit gaut baru2 ni..sy sngt risau..tiap2 ari fikir pasal ayh saya sampai x leh focus study.. kalau saya bg ayh mkn madu brand Giant Bee boleh hilangkan gaut x? produk habbatussauda x jumpe kt area sy ni.
Comment deleted at the request of the author.
muhamadfzl wrote on Aug 9, '10
Asid Urik 427..Apakah masudnya ustaz...
azlan1034 wrote on Aug 15, '10
salam
saya nak tanya pasal
ubat gastrik
sbb gastrik saya teruk
dan cara untuk menghilang kan gastrik
saya berada dekat area cheras
saya harap tuan dapat membantu saya
email saya..amylea.azlan@yahoo.com
emjayjb wrote on Aug 15, '10
Kira masih OK but on the higher side

Emjay
syah31 wrote on Aug 19, '10
askm ustaz...
saya salah seorg yg ade gout..
umur saya baru 25 tahun...
saye mengalami sakit gout sejak waktu belajar lg..
abah saye pun ade gout ..
adakah gout satu penyakit keturunan?
saya juga sorg yg aktif bersukan sejak dulu lg...
sekarg pun saya aktf main futsal...
adakah itu jg mengakibatkan gout semula bile ia sudah pulih?
sekarang saya mengalami sakit di sendi ibu jari kaki kanan...
sudah 2 minggu sakit ye..baik kemudian sakit lg..
Allah menguji sy di bulan puasa yg mulia ni...
bile berbuka kena pantg makan,kesian kat mak,makanan yg dimasak xdapat di jamah..
bile baca artikel ni mula risau dgn akibat jgka pjg penyakit gaout ni..
saya ingn mulakan makn habbatusauda n misai kucg..
boleh ke baik gaout saye ustaz?
babahzahin wrote on Aug 20, '10
assalam tuan.
saya ada menjual biji buah tunjuk langit (skyfruite),berfungsi sebagai nyahtoksik serta pemantap sistem imunisasi tubuh.ianya sangat terkenal di timur dan barat.
insya'lh kepada mereka yang berminat sila hubungi saya: adliadli77@yahoo.com.
wasalam.
luihmyd wrote on Aug 21, '10
salam EMJAY .. saya anggap penemuan LAMAN EMJAY ni bagaikan satu HIDAYAH ! Banyak betul maklumat bermanfaat dapat di perolehi.. Saya temu laman ini kerana mencari maklumat tentang makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit GOUT. Saya dah di serang buat pertama kali semalam .. kiranya serangan awal lah tu. Terpaksa ponteng sunat terawih sebab terpaksa ke klinik. Semua jenis ubat ( tapi berlainan nama ) yang EMJAY sebut diberikan oleh doktor. Hari ini alhamdulillah ... dah berupaya berjalan betul dan dah boleh solat tanpa perlu menahan sakit. Saya tahu urik asid dah tinggi bila saya buat ujian darah tahun lepas. Tapi saya tidak berpantang 100% sebaliknya beringat-ingat ketika makan. Organ dalaman haiwan, daging, ketam, kerang memang saya saya tak gemar. Tapi saya suka makanan berasaskan soya, tomato , bendi, pulut dan ikan. Pada malam kejadian, saya minum air kacang soya ( itupun dah berbulan juga tak minum ) hati ayam ( sebesar duit 20 sen ) dan sejak puasa ni .. hampir setiap hari makan udang. Bangun sahur esoknya ... terasa sakit di bhg sendi jari kaki yang kedua dan ia makin kuat sakitnya sepanjang hari tersebut. Saya dah syak .. inilah sakitnya GOUT.

Insya Allah saya akan ikut pantang larang yang EMJAY senaraikan. Buat masa ini saya minum herba FADHILAT HERBS. Ikut testimonial yang diberikan .. ia amat berkesan untuk GOUT. Cuma saya nak pastikan ... TOMATO dan BENDI boleh di makan ke ? Tak ada pula kedua sayuran tu dalam senarai EMJAY. Keduanya, pulut tu memang HARAM langsung ke ? Nak raya ni . nampaknya kena elak dari makan ketupat lah yer ... ( orang Utara masak ketupat. ) Terima kasih EMJAY atas nasihat dan panduan yang diberikan.
Kak Zue
luihmyd wrote on Aug 21, '10
salam .. saya dah gi check urik asid di farmasi tadi. Bacaanya 9.4. Dah tahap kronik ke ???
emjayjb wrote on Aug 22, '10
Assalamualaikum wbh

Selamat menyertai kelab pesakit gout. Penyakit ini adalah satu rahmat dari Allah SWT. Bersyukurlah kepadaNya.

Tentang tomato dan bendi memang boleh makan. Kacang soya termasuk air soya boleh tetapi jangan terlebih banyak.

Dalam situasi kritikal dimana mudah kena gout, elakkan langsung pulut keladi keledek ubi dan ubi kentang. Kalau dah agak ok, kalau nak makan pun sikit saja tetapi pulut ni memang amat bahaya,

Emjay
emjayjb wrote on Aug 22, '10
Assalamualaikum wbh

Dah kena jaga-jaga tu. Rasanya belum kronik. Tahap kronik adalah apabila sudah melebihi 10 DAN gout anda bengkak sana dan bengkak sini sehingga menyulitkan pergerakan serta sakit yang amat sangat pada sendi.

Emjay
emjayjb wrote on Aug 22, '10
Waalaikumussalam wbh

Gout bukan penyakit keturunan. Namun sekiranya sdr mengamalkan permakanan yang sama dengan bapa sdr, insyaAllah sdr akan ikut kena gout macam bapa sdr.

Aktif bersukan bukan satu usaha mengelakkan gout. Gout akan menyerang apabila sdr melakukan punca-punca gout yang saya tuliskan dalam artikel saya di atas.

Dengan mengamalkan pantang larang serta memakan habbatusauda dan misai kucing, insyaAllah gout akan pulih. Minum minyak kelapa dara insyaAllah lagi cepat kesan pemulihannya bersama habbatusauda n misai kucg. Kalau pulih sekali pun, jagalah pantang larangnya kerana ia akan berulang sekiranya puncanya diambil semula.

Emjay
bobcengkadak wrote on Aug 30, '10
emjayjb said

Assalamualaikum wbt

Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an.

Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.

Apa sebenarnya penyakit gout? Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki seperti gambar.

Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari makanan yang diambil.

Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi. Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang (kidney failure).

Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.

Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.

Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah “memperlahankan pengeluaran asid urik. Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, ia hanya sekadar memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh. Bagi saya penggunaan ubat jenis ini langsung tidak munasabah.

Selain allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan yang diberikan doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat keana ia memberikan kesan positif dalam jangka masa singkat selepas pengambilanya iaitu selepas beberapa jam namun sebenarnya pada pandangan saya ia adalah “racun” yang sebennarnya menambahkan masalah bagi pesakit gout. Ini kerana kebanyakan pain killer yang diberikan doktor, selain dari menghilangkan kesan sakit pesakit gout, ia sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan lagi rahsia di kalangan doktor. Kadang-kadang terdapat kes perbalahan antara doktor kerana antara mereka ada yang tidak bersetuju kerana doktor tersebut memberikan pain killer dari jenama tertentu kepada pesakit gout. Begitulah, sesama mereka pun berbalah, mana yang betul? Sebenarnya dua-dua yang berbalah pada pandangan saya pun tidak betul kerana jikalau mengikut saya, pesakit gout tidak boleh sama sekali mengambil ubat pain killer dan ubat bengkak.

Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh. Inilah sebabnya saya menghalang sebarang penggunaan ubat pain killer dan ubat bengkak dalam menangani gout.

Sekarang marilah kita berbincang bagaimana untuk merawat penyakit gout ini menurut kaedah tradisional dan sebahagian besarnya diwariskan oleh arwah guru saya. Mudah-mudahan Allah sentiasa merahmatinya. Dalam proses kita ingin merawat masalah gout ini, terlebih dahulu kita perlu mengetahui punca masalah gout ini. Sebagaimana disebutkan di atas, gout adalah disebabkan kegagalan fungsi buah pinggang menyingkirkan asid urik dan pengambilan makan yang banyak menghasilkan asid urik.

Apakah sebabnya buah pinggang bermasalah sehingga tidak lagi mampu menyingkirkan asid urik dari tubuh? Itulah yang beberapa kali diberitahu oleh mantan Menteri kesihatan Dr Chua Soi Lek bahawa mee kuning yang mengandungi asid borik dan makanan segera serta makanan rapu merosakkan buah pinggang.

Bagi menjaga kesihatan buah pinggang kita sila laksanakan amalan berikut semoga dijauhi Allah dari gout::

1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih lagi. Masaalah kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.

2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram

3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll

4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.

5. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dsb

6. Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb

7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia, pewarna dan perisa.

9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

10. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan Milo dengan horlick.

11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.

12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu

13. Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)

14. Elakkan tembikai dan tembikai susu

15. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.

16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

17. Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.

18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.

19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma

20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.

21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.

22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.

23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis

24. Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout

25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang

26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.

27. Elakkan jering, petai dan kerdas

28. Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.

29. Elakkan menonton bahan pornografi

30. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.

31. Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb

32. Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb

33. Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Saya masih belum pasti apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.

34. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri

35. Elakkan sayuran jeruk

36. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin

37. Elakkan telur masin

38. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)

39. Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan England (www.shenbing.org/shenbingzhishi/zixun04.asp)

40. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.

41. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)

42. Kurangkan makanan bersantan

43. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto

Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu pula ialah:

1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Lebih elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing

2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.

3. Makan peria dan peria katak

4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan

5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)

6. Minyak zaitun. Satu sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan

7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb

8.Buah Delima

9. Epal hijau 2 biji seminggu

10. Burung seperti burung puyuh dan merpati

11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya

12. Garam kasar menggantikan garam halus

13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.

14. Makan lebih banyak sayur-sayuran

15. Makan kapsul HABBATUSSAUDA

16. Minum air kelapa dara 1 sudu besar sehari atau 2 kali sehari. Sekiranya sudah mengambil minyak zaitun, tidak perlulah lagi mengambil minyak kelapa dara ini. Sekiranya sudah mengambil minyak kelapa dara, tidak perlulah lagi mengambil minyak zaitun.

Sekiranya anda mengamalkan segala nasihat ini namun gout anda masih belum berkurang, sila hubungi saya melaui email saya.

Sebenarnya penyakit gout ini adalah rahmat dari Ilahi. Orang yang sihat memanjang sampai tua selalunya susah untuk mengingati Allah. Penyakit ini mudah-mudahan menjadi kafarah untuk menebus segala dosa-dosa lalu seperti dijanjikan Allah. Gout macam rambut yang bertukar menjadi putih sebagai amaran dari Allah bahawasanya kita makhluk Allah akan dipanggil mengadapNya dan masanya sudah semakin hampir.

Sekian wassalam wallahualam

Emjay

salam..saya menderita sakit gout berbulan bulan, selalu mc..kini saya sembuh setelah meminum air kemunting cina .harganya cuma rm 25 ..ada di pasaraya ,saya minum sebotol aje dan kini saya boleh makan semua yg saya pantang dulu....bob 012 6758722..saya sebarkan kpd semua setelah saya mendapati sangat sakit bila kena gout ni..wasallam
sopeey wrote on Sep 3, '10
Saya Sopi, umur 25 dah disahkan gout sejak 4 tahun lalu..
skang sy kene serang gout beberapa kali, dan yg paling teruk masuk wad 2 mggu lepas..asid urik 750 mol (x silap sy) erm..sampai skang sendi pergelangan kaki kanan sy masih keras..jalan pun tempang..ape petuanya..nk bagi ok blik..huhu..time kasih..
emjayjb wrote on Sep 3, '10
Sila beritahu apa makanan yang sopi gemar makan yang menjadi pantang larang senarai di atas?

Emjay
sopeey wrote on Sep 3, '10
saya suka makan sea food..tp saya da sebulan pantang dah, cuma mugkin termakan makanan yg ade campuran udang atau ikan bilis kot,(cth: bubur lambuk dlm bulan pose ni ;) )selain tu, saya suka makan sambal2 pencicah seperti tempoyak, belacan,air asam dlln.terima kasih Emjay..
mbkembara wrote on Sep 28, '10
SALAM UTK SEMUA PESAKIT2 GOUT..SAYA SUDAH 7 TAHUN MENGIDAP PENYAKIT GOUT.BERMACAM2 DAH UBAT DAN PENAWAR YG SAYA CUBA. INTRA,HABBATUSSAUDA,MADU,MISAI KUCING DAN MACAM2 LAGI YANG MELIBATKAN PENGGUNAAN WANG HAMPIR MENCECAH BERIBU2 RINGGIT.SEMUA UBAT ATAU PENAWAR YG DIPERKENALKAN KPD SAYA, SEMUANYA SAYA BELI KERANA TAK TAHAN DENGAN SAKITNYA YG MEMANG MENCABAR KESABARAN KITA.YG PALING MAHAL IALAH PENAPIS AIR BIO AURA HAI-O. BUAT HABIS DUIT JER...SAKIT TAK HILANG2 PENAPIS PULAK DAH ROSAK SBB AIR TAK KLUAR.PENAPIS DALAM DAH GANTI NAMUN MAKIN TERUK PULAK AIR YG TAK KLUAR.MEMANG MEMBAZIR JER BELI BIO AURA YG TAK ADA KUALITI. UP-LINE DAH TAK TELEFON2 BILA KITA MEMBELI PENAPIS TU. HAMPEHHH ! MULA2 DULU MEMANG TENSION GILA,TAPI BILA DAH BERTAHUN2 NI DAH MACAM KEBALLAH PULAK DGN GOUT NI. CUMA SATU JE NASIHAT SAYA DI SINI, INGATLAH BAHAWA SAKIT YG DITURUNKAN OLEH ALLAH KPD KITA SEBENARNYA ADALAH UJIAN DARI NYA. SEKURANG2NYA ALLAH SAYANG LAGI KEPADA KITA. BANYAK2LAH BUAT AMAL IBADAT DAN SENTIASA BERDOA KEPADANYA. MAKANLAH SECARA BERPANTANG,INSYAALLAH KITA AKAN SELAMAT DAN SIHAT SEJAHTERA.
emjayjb wrote on Oct 12, '10
itu dah kira ekna goutlah.

Emjay
emjayjb wrote on Oct 12, '10
Terima kasih sdr atas perkongsian ilmu sdr tu.

Emjay
emjayjb wrote on Oct 12, '10
Apabila sdr makan terlebih makan sea food (ketam udang kerang sotong) untuk sekian lama, redhalah dengan gout tu. Sdr baru berhenti sebulan sedangkan memakannya bertahun-tahun. Kerosakan telah berlaku.

Ikan bilis boleh makan. Sambal air asam kalau makan jangan makan banyak kerana limau kasturi didalamnya adalah pantang orang pesakit gout. Durian juga pantang bagi pesakit gout.

Emjay
emjayjb wrote on Oct 12, '10
Minyak kelapa dara dah makan ke belum? kalau belum makanlah satu hari satu sudu sahaja.

Emjay
alongsilver wrote on Oct 16, '10
assalamualaikum. saya mengalami gout ini sejak berusia 25 thn lg. penyakit ini telah menyebabkan kedua - dua sendi buku lali saya bengkak. adakah sendi buku lali akan kembali kepada bentuk asal sekiranya saya mengamal segala petua di atas
emjayjb wrote on Oct 16, '10
Waalaikumussalam wbh

InsyaAllah dia akan kembali kepada bentuk asal.

Emjay
lawakaliah wrote on Oct 21, '10
Waalaikumsalam zatajul, saya berminat untuk mendapatkannya mohon hantarkan mail kepada saya canttik07manis@gmail.com semoga ALLAH membalas jasa bakti Zatajul.

hady2902 wrote on Nov 5, '10
Salam,

Saya dah dkt 1 bln terkena penyakit gout.Urid Asid saya ialah 520 banyak dah pantang larang yang saya jaga dari segi makan dan minum.Cuma saya nak tahu kenapa selepas saya makan ubat sakit saya kembali datang?Untuk pengetahuan ustaz adakah minum susu anlene, susu kambing seperti hi goat dan roti gardenig tidak boleh?Jadi mcm mana cara nya saya nak kaki saya ni kembali normal selain menjaga makan dan minum.Apakah makanan dan ubat yang paling berkesan?Harap ustaz boleh reply dan bagi tips di emel saya hady2902@yahoo.com.
syarienanadira wrote on Nov 6, '10
assalamualaikum....
saya nak tanya...mak saya telah menghidap penyakit gout,saya nak tau buah-buahan apa yn tidak boleh dimakn?anggur,pear,lai boleh?jenis kekacang semua xleh makan termasuk kacng parang?jagung?
susu kambing hi goat boleh ke?harap ustz dpt bls di email sy fifieyzarie_luv86@yahoo.com
syukran....
-fiza-
annasyahida wrote on Nov 10, '10
salam....

apakah penyakit gout ni banyak menyerang kaum lelaki.. ??

apakah simtom gout berbeza antara lelaki&perempuan.....???

apakah mengamalkan habbatussauda untuk pesakit paru2 selamat...???

saya tak tau ada atau tak sakit gout sebab tak pernah lagi kena simtom2 bengkak... tapi sakit pinggang bila membongkok ade kena beberapa kali.. yg sakitnye hanya allah yg tahu... itu pun ketika kedatangan haid atau sebelum..... bila diserang sakit memang payah untuk melakukan keje... kadang2 sampai tak boleh lansung memongkok...

suami saya pun ada sakit2 sendi betis sendi lutut, tapak kaki. tumit, sakit pinggang pun kerap.... tapi takde la sampai bengkak2.... adakah suami saya juga ade simtom gout......

-syahida-
emjayjb wrote on Nov 10, '10
Orang perempuan pun ada kena gout juga tetapi nampaknya gout ini lebih banyak serang lelaki.

Simptom gout adalah sama bagi lelaki atau perempuan.

InsyaAllah habbatussauda selamat bagi pesakit paru-paru. Cuma bila mula minum susu lembu sebagai rawatan, jaga-jaga jangan terlebih banyak kelak sampai susah bernafas.

Suami tu macam dah hampir nak kena gout tu. jaga-jaga permakanan.

Kalau sakit waktu haid tu macam sakit senggugut.

Emjay
mobim wrote on Nov 27, '10
assalamualaikum semua yg membaca laman ini
terulung kallinya saya ucapkan ribuan terima kasih kepada emjayjb dan pada semua yang berkongsi pengalaman di sini
untuk pengetahuan semua saya telah mengalami gaout sejak 2001 terjadi dalam kereta ketika dalam perjalanan ke muar johor...dari utara.... masyaalah alhamdulillah nikmat pertama kali saya merasinya ....
peringkat awal saya mengambil pinkiller dari klinek sahaja.....ianya on of..so saya berjumpa dr hospital...melalui daignosis darah, urinacid saya ...5.. dr x mahu bagi saya ubat .... masa yg sama saya juga telah ambil ubat darah tinggi sehari sebutir....
apa yg merunsingkan saya ...akhir akhir ini dr telah mengesahkan yang buah pingganng saya telah rosak sebanyak 20%.....saya stress....... setiap hari saya menanggung kesakitan pada bahagian kaki hingga ke pinggang. jalan saya tidak stabil lagi ....in penagan gout...
minggu lepas ada seorang hamba allah telah memberi petua supaya saya melumur cair kulit buah jering yg digosok pada dasar pasu.... saya berusaha dapatkan bahan tersebut dan hasilnya nya bila dibuat sebelum tido.. esok pagi ..saya rasa ringan dan bengkak bahagian dikedua dua lutut, ankle kaki, bahagian ibu jari kaki dan jari jari kaki hilang alhamdulillah .... itu lah pengalaman yang nak saya kongsikan dengan tuan - tuan ...wssalam
emjayjb wrote on Nov 27, '10
Waalaikumussalam wbh

Alhamdulillah atas ilmu yang telah diberikan Allah SWT kepada sdr mobim

Jangan lupa amalkan nasihat saya sebagaimana artikel di atas.

Emjay
zaman62 wrote on Dec 20, '10
Assalamualaikum, Sy dah berumur 48 thn. Baru2 ni sy merasa sakit di bahagian tapak kaki terutama apabila baru bangun dr tidur. Begitu juga apabila duduk terlalu lama dan mula berdiri terasa sakit di bahagian tapak kaki. Apakah ini petanda penyakit gout?
emjayjb wrote on Dec 21, '10
Waalaikumussalam wbh

Lebih kurang begitulah.

Emjay
saudarabuntu wrote on Jan 14, '11
Assalamualaikum........sy berumur 22 thn.....sy mengidap gout pd umur 19 thn........berat & ketinggian sy ialah 178cm,94kg....adakah gout berpunca dari lebihan berat badan..? sy dah cuba berpantang, tp gout menyerang juga....sy tidak boleh duduk bersila lama,lenguh,lutut tak boleh nak unjur,sakit prgelangan kaki,...sy telah ke klinik swasta & doktor memberikan ubat Apo-napro utk tahan sakit.......sy masih mengambil ubat itu sehingga sekarang....adakah ubat itu akan memberi kesan kepada buah pinggang sy...?
emjayjb wrote on Jan 14, '11
Waalaikumussalam wbh

Fahamlah punca gout yang saya tulis di artikel di atas. Ubat tahan sakit hanya akan menambah parah penyakit sahaja. Doktor tidak memulihkan penyakit gout. Sekali lagi, fahami artikel saya di atas.

Emjay
pemuda05 wrote on Jan 25, '11
assalamualaikum,
saya menghadapi gout sejak 5 tahu dahulu... serangan awal.. 6 bulan sekali lebih kurang... apa bila kena dlama masa 3 hari elok dan seterusnya begitu... sehingga 2010 tahun lepas saya diserang gout lain macam sikit...kena bulan 3 .. tapi menngambil masa 2 minggu untuk elok sepenuhnya...dan terakhir pada disember 2010... saya kena begitu kerap... lkena sekejap semlang 2 minggu kena balik.. dan sekarang ini saya baru hhendak pulih setelah cuti beberapa hari ini.. saya ingin bertanya pada emajay
1. saya ada mengamalkan produk biogreen..yang mana saya ambil setiap pagi .. ini adalah produk bio yang mengganti pemakanan ... tetapi saya teliti balik ingredientnya ada 0.41gram protein untuk setiap 10g skop... saya mengambil satu skop setiap pagi... adakah ini menyumbang kepada gout saya
2. saya kena gout pada lutut.. lutut saya bengkak.. dan tidak boleh di lipatkan..sehingga ari ini.. lutut saya apa bila saya berjalan tak sakit tapi hanya tak leh lipat.. boleh sedikit je... rasa ketat lutut bila cuba nak lipat.. dan bahagian bawah akan rasa sakit...mengapa jadi begitu.. dan tolong lah jika ada petua untuk meyelesaikan masalah saya ini...
untuk pengetahuan emjay saya dah berpantang sebagaimana dalam artikel... dan sedang mengaamalkan habbatus sauda, ,misai kucing,.dan saya tidak memakan ubat doktor.....sekian
deanetiqa wrote on Jan 29, '11
sy rasa antijumud ni mmg benar2 jumud la..x faham apa org tulis dan tak tau apa dia patut tulis..
emjayjb wrote on Feb 4, '11
Waalaikumussalam wbh

Mungkin sdr sudah lama mengambil produk biogreen. Sekiranya setelah sekian lama sdr menggunakan produk ini dan gout sdr semakin kerap, ini bermakna produk yang sdr beli ini adalah PENYEBAB UTAMA gout sdr. Buang saja dan gantikan dengan makan beras Taj Mahal. Selain itu makan kurma satu hari 9 biji selain amalan yang saya sebutkan dalam artikel ini.

Emjay
adawiyahmr wrote on Feb 4, '11
Salam ustaz,saya seorang ibu berumur sekitar 40an.Baru2 ini saya dapati setiap kali buang air kecil,air kencing saya mempunyai buih yang sangat banyak.Saya juga kerap kencing dan selalu dahaga.Apakah ini simtom diabetes.Apakah cara saya merawat Diabetes yang saya alami,adakah cara2 atau tips ustaz seperti Tips Gout yg ustaz berikan diatas?
beby8284 wrote on Feb 7, '11
As salam sdr emjay, ayah saya telah mengidap gout sejak 10 tahun dahulu,selama ini dia hanya mengamalkan ubat daripada farmasi sahaja semasa sakit..dia juga ada mengambil pil habattussauda dan misai kucing tetapi tidak secara berterusan.2 minggu yang lepas,ayah saya telah pg berbekam di kedai ubat cina,masalahnya sekarang bengkak dah berkurangan tetapi kedua2 kaki ayah saya sering mengalami krem sehingga tidak dapat meluruskan kakinya dalam masa yang lama..utk pengetahuan sdr Emjay,kaki yang terkena gout cuma sebelah kanan tetapi setelah berbekam,kaki sblah kiri yang sering berdenyut dan krem...ayah saya gemar makan ikan,bolehkah sdr senaraikan jenis2 ikan yang boleh dimakan dalam masa berpantang ini?? tolonglah sdr Emjay,saya sangat sayangkan ayah saya,saya tak sanggup melihat dia sakit begini, kami bukan keluarga berada, tak mampu rasanya nak cuba Jus 23 herba Intra tu...
harap dapat bantu meringankan beban ayah saya...Email saya : krolnieza@yahoo.com.my
medihi wrote on Feb 13, '11
Salam Tuan Emjay. Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Insya-Allah saya akan cuba berpantang dengan makanan yang dapat menyebabkan gout itu.
seamayden2 wrote on Feb 23, '11
Assalamualaikum kpd ustaz Emjay dan pembaca2 laman ini..
Alhamdulillah, sy bertemu dgn laman ini semasa sdg mencari info mengenai gout ini..sy berumur 29thn..sudah terkena gout ini sejak berumur 20 tahun lagi..selain itu, sy telah disahkan menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi..
Mengikut arikel ustaz, kebanyakn punca penyakit adalah dtg dari pemakanan..sy akui kebenaranny..sbb kebanyakn makanan yg disenaraikan sebagai 'pantang' adalah makanan yg selalu sy ambil..sy sedari hakikat itu..tetapi..disebabkan umur saya yg masih muda ketika itu, adalah amat sukar sekali nak mengawal tabiat makan..tambahan pula nafsu makan yang tinggi..ditambah lagi dengan sikap 'penyakit on-off, masa penyakit 'off' makan,xberingat, masa 'on' barula nak kawal makan..sekarang ni sy dah runsing dgn keadaan kesihatan sy, tambahan lg sy sudah berkahwin dan bakal menimang cahaya mata..jadi,sy fikir,mgkin mangawal tabiat pemakanan adalah cara yg paling mujarab dlm mengawal penyakit..tetapi,adalah yg paling sukar dilakukan bagi sy..susah benar nak hilangkan tabiat sambil lewa sy dlm menjaga kesihatan..
Sy berharap,selepas ini,sy akan cuba megamalkan apa yg telah ustaz sebutkan dlm artikel diatas..insyaallah..
Bagi pesakit gout, berdasarkan pengalaman sy, kalau tidur malam, elakan dari tidur dlm keadaan yg terlalu sejuk, ataupn kalau pakai kipas, elakan angin kipas terkena direct ke arah kawasan kaki.Guna selimut ataupn stokin masa tidur..
Sy sering mengalami perkara2 ini : Sakit kepala bila hari terlalu panas, ataupun bila bekerja kuat; tak mampu bersila atau duduk dlm 1 posisi terlalu lama,akn jd kebas; selalu sakit tengkuk, bahu; bila mengengam sesuatu,terasa kebas tapak tangan; tapak kaki sengal2, terutama bila bangun pagi; rasa sakit dikawasn bawah rusuk kanan (kadang2); bila bangun dari posisi duduk, kdg2 terasa macam nak pitam (pandangan gelap seketika)..kerap kencing..dan beberapa tanda lagi..sekiranya ada tanda2 tersebut,mungkin anda ada potensi mendapat penyakit 3 serangkai macam sy..MashaAllah..
Doktor cakap penyakit2 tu semua dipanggil 'silent killer'..kena hari ini..bertahun kemudian baru dapat kesannya..

Nizam.
rosdirejab wrote on Mar 1, '11
Salam Ustaz Emjay dan warga gout sekelian, untuk makluman ust saya mulai disahkan mengidap gout pada 2007 dan pada peringkat awal saya hanya amat bergantung pada ubat doktor sahaja. Keadaannya hanya on and off, w/bagaimanapun mutakhir ini serangannya mulai menggila berulang-ulang dalam sebulan 3 kali dan kena buku lali cuma silapnya saya pergi jogging dan lepas tu kena gaout tak tau pulak jogging tu tak boleh maka langsung tersadai kat rumah jenuh la tengok siling rumah, malah baru-baru saya kena sakit batu karang dalam ginjal kesan dari asid urid, alhamdulillah berkat doa orang alim dan ubatan hospital ianya pecah dan keluar dengan sendiri tanpa sempat dilaser. Sudah lebih 4 bulan saya berpantang secara kuat kesemua yang ust list kat atas tu. Berikut adalah amalan pemakanan herba yang amalkan secara try & error mohon rahmat Allah agarnya usaha ini satu ikhtiar sang hamba untuk kesejahteraan yang berdasarkan maklumat yang diperolehi samada daripada laman internet atau lisan mereka yang pernah sembuh dari sakit gout, antara ialah:
i) minum air alkali jinlian (dulunya mutiara zam-zam) yang diperbuat dari mutiara, rumpai laut, kerangan laut dan batu staklitik dari negeri China dan diperbuat dgn teknologi nano dengan minima 3 liter sehari. Kapsul serbuk dicampur dalam air mineral yang beralkali dikatakan mampu menutralkan asid dalam tubuh.
2) Tampal pelekat detox patch pada tapak kaki setiap malam untuk keluarkan toksik dari dalam badan
3) ambil kapsul minyak celery & juniper keluaran safwa ( kata orang batang celery boleh menurunkan asid dalam badan)
4) Serbuk Ural urinary alkalinizer juga bahan beralkali tinggi untuk nutral asid dalam buah pinggang dan saluran kencing
ALHAMDULILLAH saya seakan ditinggalkan oleh oleh gout dan harap-harap tak mai balik dah, cuma satu lagi belum sempat nak buat makan buah cheeri atau remdam kaki dalam air rebusan pucuk daun cheeri kata setengah pemangsa gout yang dah sembuh amat mujarab. Kesan saya pantang makan cukup ketara hingga berat badan saya turun dari 98 kg ke 88 kg. Saya dah cuba minum susu Highgoat katanya susu kambing adalah alkali tapi makin banyak minum makin nala bengkak dan sakit dan saya stop dan katanya susu highgoat telah dicampur bahan dalamnya yang menyebabkan asid urid meningkat dengan cepat. Satu ketika saya hanya makan bijirin out tapi ternyata ianya turut mencambah asid urid dan saya dahpun hentikannya. Itulah pengalaman saya untuk dikongsi dan saya tak tahu yang mana satu berkesan sebab mengamal serentak kelima-lima pemakanan herba tersebut mungkin ustaz boleh komen kut. Selepas ni saya nak cuba ninyak habatus saudak dan kelapa dara untuk kesihatan yang berterusan. Terima kasih atas perkongsian ustaz moga Allah sahaja membalas budi baik tuan.

Salam dari Rosdi Putrajaya
asharialias wrote on Mar 27, '11
salam, saya nak kongsi pengalaman saya mengidap gout ni. saya umur 49 tahun, pengidap gout sejak lebih 15 tahun. buku lali kaki dan lutut dah bengkak (keras)... lutut tak boleh lipat, sakit kaki masih ada.sikit2.. maknanya gout masih ada. pernah mengalami gout di kaki, lutut, pinggang, jari2 tangan dan bahu...pendek kata sangat2 senior dlm dunia gout. makanan seafood, daging, organ dalaman, bilis, kacang2, cendawan, tapai, asam2...semua dah stop tetapi masih ada gout. dulu makan cochicine+pain killer+tahan bengkak kalau sakit, allupurinol bila tak sakit. bila kena gout, ambil masa 1-2 minggu baru reda...(gout tetap ada). kehidupan saya pun bertukar daripda seorg yang aktif menjadi pasif dan tak bersemangat!. bila browse kat internet ...rupa2nya semua ubat2 klinik yg saya makan tu sebanrnya bukan menyembuhkan pun dan tidak menghilangkan gout!..(sebenarnya racun)... so saya stop ambil ubat2 klinik....(kecuali bila teruk dah tak de pilihan lain)...memang dah bosan berpantang dan makan mcm2 ubat klinik dan mcm2 pil viamin (C, sacery seed, vit b complex, omega 3, dll)....dah byk cuba. Misai kucing usah cerita ... siap tanam keliling rumah ...drp tehnya ... kapsulnya...rebus daunnya... semua dah cuba ..masih tak menjadi. madu dah cuba...habbatussauda dah cuba ... tak berkesan juga. macam2 produk saya dah cuba termasuk mutiara zam zam, ATM cellfood, Hadis dll ....semua tak jadi juga. minum air banyak2 sampai nak muntah pun tak menjadi. Akhirnya, seorg kawan saya, yg juga hard core gout introduce jamu asam urat. nampknya ada kesan, kurang bengkak, pulihkan tenaga...cuma yg saya bimbang pasal kita tak pasti kandungan jamu tersebut...walaupun ada ditulis diluar paket tapi kita tak tau sejauh mana kesan kepada kita jangka panjang?... selepas dh puas (masih mencari sebenarnya)...mencuba berbagai2 saranan yg diperolehi dlm internet dan kawan2...saya cuba celery (saderi).... nampaknya sesuai untuk saya (buat masa ini)... saya amalkan minum air celery setiap kali sebelum tidur. celery pun murah harganya dan rasanya pun tak teruk mcm minum jamu!. sakit berkurang dan tidak payah berbelanja mahal2 utk ubat2. sekarang saya (mungkin) dah bertemu formula menghilangkan gout untuk saya. sesiapa yg nak cuba boleh cuba tetapi belum tentu apa yg sesuai untuk saya sesuai pula untuk org lain. Formulanya begini:-
1. Berpantang makan. (rujuk senarai makanan yg terlarang utk gout)
2. Amalakn minum air saderi setiap malam sebelum tidur. Ambil 2 btg dan blend dgn air (kalau saya campur gula utk rasa sedap)...lepas tu minum.
3. Minum madu setiap pagi. yg ini bagi saya tak payah pun tak pe..tapi saya amalkan sebab madu mmg baik utk kesihatan.
4. KALAU GOUT MENYERANG JUGA.... MINUM 1 PEKET ASAM URAT!. yang ini memang saya buat dan berkesan..tapi untuk tuan2 ... saya tak suruh dan saya tak larang ...apa-apa hal terjadi ... sendiri tanggung!
banyak lagi cerita saya pasal gout sebenarnya ... belum kesah buat urut... SPA... cuci darah....ishh byk la. Akhir kalam, buat masa ini saya OK ...maknanya saya boleh berjalan naik tangga turun tangga tak payah bertongkat!... boleh berkerja seperti biasa dan tak sakit ... cuma bengkak pada tumit dan lutut yg dah keras tu tak tau mcmana nak hilangkan?...operate? ermmm ... masih mencari.... jadi siapa2 boleh tlg suggest?
indierockdarling wrote on Mar 30, '11, edited on Mar 30, '11
assalamualaikum emjay,
saya ingin bertanya
1.bolehkah ganti minyak zaitun dengan minyak kelapa dara?mana lagi elok?kalo minyak zaitun apa2 jenama bolehkan,dan kelapa dara tu dalam bentuk minyak ke atau jus?
2.bolehkah sekiranya saudara emjay listkan jenis ikan yang boleh dimakan?saya tau ikan aya tu memang sangat2 la berbisanye,tapi tak tau keli tu pun berbisa...macam ikan kembung,selar,tenggiri,lolong,jaket tu boleh dimakan x?lagi satu,ade orang cakap ikan bersisik tak boleh makan,cth:ikan merah;
3.kacang jenis sayur macam kacang botol,kacang panjang tu boleh dimakan ke?

sekian,terima kasih
ustazah5 wrote on Mar 30, '11
Assalamualikum
Bagus lah artikel dan segala saranan. Saya cadangkan sahabat2 yg mempunyai Facebook agar menjadi member group di makanan & minuman yang di cemari umat Islam. Daripada group itu didedahkan bahaya tepung putih selepas daripada itu saya search dan menjumpai laman saudara Emjay.Cuma saudara Emjay lebih advance didalam menjaga pemakanan daripada saya.Apabila terdedah shj maklumat saya telah melakukan perubahan mendadak walaupun penyakit tidak tiba lagi. Saya juga cadangkan dapatkan buku Thibbun Nabawi krn pemakan dan perubatan Rasululullah memang hebat.Saya harap saudara Emjay juga mendedahkan keajaiban bekam krn ianya salah satu perubatan Islam.
emjayjb wrote on Mar 30, '11
Waalaikumussalam wbh

1. Boleh ganti minyak zaitun dengan minyak kelapa dara. Tentang mana yang lebih baik, saya tak tahu nak menjawab namun kedua-duanya adalah baik. Minyak kelapa dara adalah sejenis minyak macam minak kelapa. Apa-apa jenama minyak zaitun di pasaraya GIANT tu boleh saja digunakan.

2. Antara ikan yang boleh dimakan oleh pesakit gout adalah tengiri, kembung, selar, gelama, ungah, merah dan banyak lagi yang saya lupa namanya. Ikan bersisik seperti ikan talapia, merah, ungak, tebal pipi dan sebagainya boleh di makan termasuk ikan kerisi yang bersisik tu.

3. Kacang panjang, kacang botor sangat baik dimakan terutama sekali pesakit gout. Tetapi kacang buncis tidakj boleh.

Emjay
indierockdarling wrote on Mar 31, '11
assalamualaikum emjay,
terima kasih atas penerangan ente,cepat betul ente reply,banyak juga persoalan dikepala ana,sekarang dah terjawab,semoga Allah s.w.t merahmati ente dan sekeluarga..
semoga islam dapat terus berkmbang,ALLAHUAKHBAR!
indierockdarling wrote on Apr 2, '11
assalamuaikum emjay,
satu lagi lupa nak tnya,sayur-sayuran jenis buah-buahan macam lobak merah,tomato,timun tu suma boleh makan ke tidak?
emjayjb wrote on Apr 2, '11
Waalaikumussalam wbh

Semua tertulis tu boleh di makan.

EMjay
kogybum wrote on Apr 4, '11
tq,saudara emjayjb. sy sungguh terharu,ilham dari Allah menemukan sy dgn artikel, dan fakta yg bertepatan sekali. sy juga merasakan, sy hampir terkena gout,kerana di kaki sudah ada tanda2nyer. terima kasih byk2 atas ilmu Allah yg saudara kongsikan bersama2..
hairi369 wrote on Apr 11, '11
Terima kasih sdr emjay atas info mengenai gout, saya sekarang sedang mengalami serangan gout. Saya ingin memgesahkan komen sdr mobim tentang penggunaan kulit jering sangat membantu mengurangkan sakit dan bengkak.
aimanahmad68 wrote on Apr 13, '11
salam saudara emjayjb..baru2ni sering di serang gout,mcm biasala sy jumpa dr ambil ubat tahan sakit ada juga dr bg injection tp rasanya sy nak cuba ubat2 herba mcm hpa ardisia,malac & sbgnya respon drp pengguna nampaknya bagus jd sy rasa terus ingin menggunakanya.teman kita bernama asharialias ada bgtau kita herba asam urat sy baru beli di kg baru kl,ada yg made malaysia& indonesia,jd sy beli yg malaysia(dikeluarkan oleh ust hafiz gambar tapak kaki,jitra kedah) punya dia kata ramai otai2 yg kena gout ramai ambil kapsul gout(asam urat ) cuma sy x tau keberkesananya lg.Minta tlg ustaz bagitau tentang kesan selain ada ubat2 herba yg biasa di gunakan tq.
saidatulhusna wrote on Apr 16, '11
Salam,,saudara..saya berusia 26tahun..kaki sebelah kanan sakit hampir setiap hari apabila banyak berjalan..apabila bgn pagi saya akan terasa seolah2 urat di pergelangan kaki hingga ke pinggul terasa tegang yang teramat sgt..namun apabila saya berjalan dan membuat kerja seperti biasa, kaki akan terasa kebas dan akhirnya urat yg tegang dan kebas kaki tersebut akan hilang dgn sndirinya..selepas waktu itu d waktu pagi kaki saya tidak akan terasa sakit hinggalah tibanya waktu tgh hari,,bermula lbih kurang jam 1 kaki saya akan terasa sakit dan apabila saya dddk kaki saya akan terasa berdenyut2 dan akhirnya hilang sndiri..ini menyusahkan saya untuk mlakukan aktiviti seharian krna sakit tersebut..adakah apa yg sya alami ini ghout?saya amatmngharap saudara dapat menjawab soalan saya..
emjayjb wrote on Apr 19, '11
Waalaikumussalam wbh

Buah pinggang sdr sudah bermasalah dan boleh mengakibatkan gout, athritis atau diabetes. Langkah mengatasi alah amalkan nasihat saya sebagaimana di atas. Jangan makan lagi nescafe, Milo, Sunquick dan segala tersenarai di atas.

Emjay
ladyjuta wrote on Apr 20, '11
Assalamualaikum,
Tuan Emjay nak tanya sikit, kalau kena gout nie..susu kambing boleh minum ke..??
emjayjb wrote on Apr 22, '11
Waalaikumussalam wbh

Susu kambing boleh minum. Lebih elok susu lembu segar atau susu tepung fullcream kerana lebih murah.

Emjay
azfalah wrote on Apr 29, '11
assalamualaikum ustaz, alhamdulillah saya bertemu dengan laman ini, suami saya mengalami gout yang kronik kesan dari pengambilan ubat jantung lasix( frusemide ) selama 20 tahun,dengan keadaan berat badan terlalu obes membuatkan penyakit goutnya semakin teruk, walaupun dah pantang makan benda2 terlarang tetap tidak berkurangan, setiap sendinya sudah terbentuk thopi, nak cuba ubat2an tradisional takut darahnya menjadi pekat, untuk makluman ustaz suami saya mengambil ubat warfarin untuk cairkan darahnya..suami saya ada penyakit jantung CRHD,saya ingin bertanya dengan ustaz, adakah pengambilan habbatussauda boleh menyebabkan fattyliver?dan adakah pengambilan teh misai kucing boleh meyebabkan darahnya pekat?terima kasih, azfalah_79@yahoo.com.my
amli6740 wrote on Apr 29, '11
saya minum misai kucing lebih 10 kotak tetapi kesanya masih belum berkurangan .untuk makluman umur saya 46 tahun mengidap gaout lebin 10 tahun minta pandagan dan nasihat terima kasih
emjayjb wrote on May 2, '11
InsyaAllah kalau sdr minum 100 kotak pun tidak akan memberikan kesan kepada gout sdr.

Dalam artikel yang saya tulis diatas, untuk pulih dari gout memerlukan satu pakej. Perlu makan bukan sahaja misai kucing tetapi perlu makan habbatussauda, minyak kelapa dara, minum air yang banyak dsbnya.

Sekiranya sdr mengamalkan amalan ini disamping saranan lainnya namun sdr tetap makan mee kuning, maka sia-sialah usaha sdr. Ingat, untuk sembuh memerlukan keseluruhan pakej termasuk elakkan nescafe dan milo.

Namun pakej yang sempurna pun mungkin sia-sia kalau tidak memperolehi redha Allah SWT. Perbaiki agama sdr terutama sekali bab pornografi dll.

EMjay
azfalah wrote on May 5, '11
Assalamualaikum, terima kasih ustaz, saya tengah berusaha membantu suami untuk terapi gout ini,saya juga minta izin dari ustaz untuk saya sebarkan maklumat yang berguna dari laman ini untuk sahabat2 saya yang juga mengalami gout , syukran jazilan.
emjayjb wrote on May 6, '11
Waalaikumussalam wbh

Silakanlah

Emjay
azfalah wrote on May 7, '11
terima kasih..
Comment deleted at the request of the author.
kimexk wrote on May 8, '11
Salam tuan. Saya berumur 35 tahun dan menghidap penyakit kencing manis. Saya ingin memohon alamat dan no. telefon tuan untuk berikhtiar menyembuhkan penyakit saya ini. Mohon tuan e-mailkan pada kimi.owen@yahoo.com . Segala ilmu dan nasihat tuan saya hargai dengan ucapan terima kasih.
syazier wrote on May 15, '11
assalamualaikum ustaz,

saya baru dimaklumkan bahawa saya mengidap gout, saya buat pemeriksaan darah dan didapati paras asid urik saya adalah 0.47 manakala paras normal adalah 0.2-0.42. apakah langkah awal yang patut saya lakukan? tq.
ciknursofia wrote on May 17, '11
Salam ustaz..AlhamduLillah sy dipertemukan dgn laman ini....

Saya alhamduLillah belum kena gout...tp sya kerap sgt kecing apabila saya minum byk air...apakah masalah saya ustz? tiap kali bgun pagi, saya akan rasa 'lain' pada tapak kaki saya...rs seperti terkena renjatan elektrik yang ringan pada tapak kaki...namun rasa ini akan beransur hilang...untuk pengetahuan ustaz, saya minum teh seuncang setiap hari...klau x minum sya akan mudah mengantuk..adakah teh memudaratkan kesihatan jika diamalkan setiap hari?

mohon penjelasan drpda ustaz....terima kasih sebelumnya...
semoga ustaz dirahmati allah selalu...amin~
malvest wrote on Jun 1, '11
Salam tuan,kenapa Ganoderma harus dielakkan sedangkan ianya disifatkan sebagai bahan neutral dan alkali tertinggi serta mampu memusnahkan batu karang? email:bestmen59@yahoo.com
aieda70 wrote on Jun 12, '11
assallammualaikum ustaz, syukur alhamdulillah saya dapat membaca ruang ini dan terimakasih atas segala info yang ustaz berikan. Ibu tiri saya juga mengidap gaut dan pemakanan nya saya jaga mengikut info yang ustaz berikan. Alhamdulillah kini dia sudah sembuh. Disini saya ingin meminta kebenaran ustaz mengambil info di sini untuk diwar-warkan pada kawan2 blog saya tanpa mengubah apa2 dan juga owner sebenarnya.
efanatrah wrote on Jul 6, '11
Salam ustaz, saya ada masalah sejak tahun 2010, sakit kaki bermula bahagian bawah rusuk hingga ke tapak kaki, semut2 dsb. sangat sakit dan berat apabila berjalan spt betis dipegang orang. a/bila berjumpa doktor, katanya tulang belankang bengkok, sikit aje... tapi sakitnya teramat sangat.... pergi terapi satu sesi, tapi tak baik... lastnya therapist tu kata maybe, tempat lain yg bermasalah sebab tu sakit tak baik2. pada masa tu sy makan painkiller yg doktor bekalkan utk menahan sakit semasa bekerja... tu pn satu biji sehari.
selepas tu saya buat akupuntur, syukur alhamdulillah sakit tu berkurang.
tetapi sekarang nie, masalah lain pula timbul, sy kini tak boleh menahan kencing, automatik keluar, w/p turun tangga, ujian air kencing menunjukkan ada darah dalam kencing, cek batu karang clear katanya, tp doktor refer ke sakit puan malangnya apointment hujung bulan sepuluh nanti. masalah tak selesai juga & darah saya naik tinggi, w/pun makan ubat darah tinggi, kepala tetap mabuk, terkencing2, kaki bengkak dari betis ke tapak kaki. adakah ini tanda penyakit gout dan buah pinggang/ kencing manis?
miejebat72 wrote on Jul 8, '11
assalammualaikum..............saya baru2 ni dh dapat penyakit gout tp semasa ujian darah doktor kata paras urik asid saya tak tinggi sangat dlm 420 (saya tak tau bacaan dlm nilai apa) doktor kata normal dalam 395 bacaan nya. Disini saya nk mencuba habatussawda kat mana saya boleh dapatkan nya. dan jenama apa yg sesuai. Saya dh buat ujian scan buah pinggang di hospital di dapati ada bengkak sikit, doktor syorkan elakkan makan atau minum herba ni. Sebelum itu saya amat gemarkan teh herba misai kucing tp doktor suruh berhaenti dulu. Macam mana saya nk buat nila keadaan jadi begini. Hari ni dah MC sakit kaki kat buku lali.
E-mail saya : miejebat72@gmail.com
miejebat72 wrote on Jul 8, '11
Assalammualaikum...............saya baru2 ni doktor kata mendapat gout. Dan sekarang ni pun buku lali saya masih membengkak lg. Suka saya bertanya dimana kah boleh saya dapatkan harbatussawda ni dan jenama apa yg sesuai. dulu saya ni gemar juga minum teh herba misai kucing ni. Tapi doktor suruh elakkan kerana selepas saya jalani ujian scan buah pinggang di dapati ada bengkak sedikit. Masalahnay macam mana harus saya lakukan.
E-mail: miejebat72@gmail.com
schumiyant wrote on Jul 8, '11
Assalammualaikum..ayah saya mengalami penyakit gout yg agak serius. Baru2 ini beliau ditahan di wad kerana darah yg terlalu pekat. Pada mulanya beliau mengadu sakit dada, adakah darah yg pekat memberi tekanan kpd jantung yg menyebabkan beliau sakit dada? Setelah keluar 2 hari dr hospita, beliau kini terpaksa menggunakan kerusi roda krn tdk mampu berjalan krn kakinya terasa bisa yg amat, tetapi kakinya tidak membengkak. Selain meminum air dgn kuantiti yg banyak, adakah rawatan bekam dan rawatan lintah dpt mengeluarkan asid urik dr dlm badan? Terima kasih. Email saya schumiyant@yahoo.com. Kalau tidak keberatan bolehkah kami berubat dgn ustaz kerana ayah duduk di pontian. Terima kasih.
domenos wrote on Aug 25, '11
Salam Tn.Haji.. Kalau saya mempunyai tanda-tanda sakit buah pinggang boleh ke saya ambil pil habatussauda...??
hmel72 wrote on Sep 9, '11
Tuan
buah anggur dan epal merah sesuaikah untuk pengidap gout
riz611 wrote on Sep 28, '11
sy ingin bertemu emjayjb. emailkan alamat tuan di email saya riz611@gmail.com
amei0806 wrote on Oct 2, '11
salam saudara emjayjb....
saya nk bertanya pasal jintan hitam @ habbatus sauda. ada kesan sampingan tak kalau diambil dalam kuantiti yg bnyk. saya makan 2-3 sudu teh besar jintan hitam yang telah dikisar halus setiap hari dicampur dgn madu (satu sudu pagi n malam). adakah ia akan membawa kesan sampingan yang tidak elok? tq...
hmel72 wrote on Oct 4, '11
Februari 19, 2008

Anda ada masaalah GOUT? ikuti kisah dibawah ini dari article yang telah difwdkan kepada saya …
Dr. Pakar,
SAYA Hafis, berumur 24 tahun dan disahkan menghidapi penyakit gout. Saya ingin mendapatkan maklumat tentang pemakanan yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan oleh pesakit gout. Seperti yang saya tahu, pesakit gout tidak boleh mengambil makanan berdaging dan sayuran hijau.

Saya pernah diberitahu oleh doktor bahawa saya boleh memakan telur ayam dan ikan. Tapi, seperti yang saya tahu kedua-duanya adalah sumber protein kepada badan. Jadi adakah ini bermakna kedua-dua makanan tersebut juga akan turut meningkatkan paras asid urik dalam badan saya?

Saya juga diberitahu bahawa saya tidak lagi boleh memakan sayur-sayuran hijau seperti bayam dan kekacang. Jadi saya ingin tahu, makanan apakah yang saya patut ambil untuk menggantikan nutrien yang terdapat di dalam sayuran tersebut kerana saya tidak boleh lagi memakan sayuran.

Oleh itu, saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang diet pemakanan yang harus saya ambil agar saya dapat mengurangkan paras asid urik dan mengatasi masalah gout. Bagaimana pula dengan ulam-ulaman seperti petai dan sebagainya? Adakah ulam-ulaman juga termasuk di dalam kategori sayur-sayuran yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gout?

Adakah saya tidak boleh langsung memakan makanan tersebut? Bagaimana pula dengan makanan seperti buah-buahan dan makanan berasaskan bijirin serta yang berasaskan susu? Adakah ia juga boleh memberi sebarang kesan kepada penyakit gout? Terima kasih.

– Hafis
Hafis,
Penyakit gout ditakrifkan sebagai penghasilan asid urik secara berlebihan di dalam badan dan ini berlaku dalam keadaan yang mana produksinya bertambah dengan pengambilan secara berlebihan makanan purin berprotein tinggi.

Contohnya, makanan laut (udang, ketam, sotong, dan sebagainya) dan daging merah seperti daging lembu dan kambing disertakan juga dengan gangguan pada perkumuhan asid urik dari badan, mengakibatkan penyakit gout atau berlebihan asid urik dalam badan.

Tidak kesemua makanan yang berprotein meninggikan risiko gout seperti ikan dan telur ayam, akan tetapi harus diingat bahawa gout menyerang seseorang yang mengambil protein secara berlebihan.

Terdapat kajian yang menunjukkan seseorang yang makan daging merah secara berlebihan meninggikan risiko mendapat gout pada kadar 40 peratus dan bagi mereka yang mengambil makanan laut berlebihan (selain ikan) risikonya meningkat kepada 50 peratus untuk mendapat gout.

Dalam kajian yang sama juga menunjukkan pengambilan sayur-sayuran seperti kekacang termasuk kacang pis, bunga kubis, bayam dan cendawan tiada kaitan dengan risiko mendapat gout dan tiada kontraindikasi untuk mengambil susu rendah lemak oleh pesakit gout.

Secara lanjut berkenaan diet gout, berjumpalah dengan pakar dietetik yang berdekatan untuk mendapatkan nasihat yang sewajarnya.

Selain mengawal pemakanan dengan tidak mengambil purin berprotein tinggi seperti yang telah disebutkan di atas secara berlebihan, terdapat ubat-ubatan tertentu yang dapat membantu mengurangkan asid urik dalam badan dan pesakit juga dinasihatkan agar meminum air yang banyak setiap hari bagi membantu perkumuhan asid urik asid dari badan dan mengurangkan risiko mendapat batu karang.

Ringkasnya, pemakanan yang harus dikurangkan/dielakkan adalah protein yang menghasilkan kandungan purin yang banyak, dan purin adalah penyumbang terbesar kepada pembentukan asid urik.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang rawatan gout, silalah berjumpa dengan pakar perubatan anda dan berbincang dengan pakar dietetik mengenai diet yang sesuai untuk pesakit gout.

- Jawapan disediakan oleh Pakar Bedah Ortopedik dan Sukan, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMSC), Selangor, Dr. Khaizatul Ezam Abu Bakar
arza77 wrote on Oct 5, '11
Saya ada mendengar bahawa pemakanan herba bagi mereka yang mengalami masalah buah pinggang adalah tidak digalakkan kerana buah pinggang tersebut tidak dapat menapis dengan baik herba tersebut? Adakah pil habbatussauda termasuk dalam kategori tersebut? Maksudnya, bolehkah mereka yg mengalami masalah buah pinggang mengamalkan makan pil habbatussauda? Terima kasih.
emjayjb wrote on Oct 5, '11
Memang elok makan habbatussauda dan Nabi Muhamad SAW sudah menyuruhnya.

Emjay
nuha86 wrote on Oct 7, '11
salam emjay,
baru-baru ni, kawan baik sy mengalami gout. setelah berpantang makan, makan ubat tahan sakit, ubat gout (goutnil) dan ubat surut bengkak selama seminggu, sakit goutnya masih tidak surut2. bengkaknya masih ada dan dia mengalam kesusahan untuk berjalan. sy ingin mencadangkan kepada beliau herba dari hpa (ardisia, malac dan teh herba pegaga). ia mampu menggalakkan dan memperbanyakkan pengeluaran air kencing.

adakah supplemen/herba lebih baik daripada ubat-ubatan klinik atau farmasi? adakah kesan buruk jika saya menyuruh dia makan kedua-duanya (ubat dan herba)? sy sangat kasihan melihat kesusahannya untuk belajar memandangkan kami masih lagi pelajar universiti yang perlu berulang alik untuk membuat kerja.

dan jika makan habbatussauda atau vco, adakah perlu diteruskan jika goutnya sudah tiada? atau perlu diteruskan untuk jangka masa panjang?

adakah ikan keli termasuk dalam kumpulan ikan berbisa seperti penjelasan di atas?
emjayjb wrote on Oct 8, '11
Waalaikumussalam wbh

Ramai orang kata dia sudah berpantang makan tetapi bila disoal mereka masih minum nescafe, makan roti putih dan minum milo. Itulah sebabnya ramai terus menerus menghidap gout. Ada orang pula apabila disola mereka masih menonton pornografi. Kesemua ini akan menambah azab gout. Kalau sanggup datang berjumpa saya di UTM itu lebih baik.

Supplement asdisia dan malac saya tak tahu tetapi teh herba pegaga boleh diambil. Nasihat saya dalam artikel di atas adalah ambil habatussauda dan minyak kelapa dara, ini lebih diperlukan oleh pesakit dan diperlukan untuk jangka masa panjang walau sudah sembuh.

Emjay
avantgarde27 wrote on Oct 17, '11
sedikit dari pengalaman saya : sblum arwah ayah saya meninggal dunia pada disember 2007, dia mngidap gout selama hampir 4 tahun.dan selama itu dia kerap bergantung kepada ubat pain killer dibeli difarmasi.kebetulan kawan saya dari dubai mengetahui hal itu dan mencadangkan sya supaya ayah sya ketika itu untuk mgamalkan meminum minyak zaitun 2 kali sehari. alhmdulillah,selepas 7 hari mngamalkan minum minyak zaitun tersebut,dia tidak lagi diserang sakit gout dari waktu itu hinggalh setahun ke waktu dia meninggal.. wallua'lam..
nqkamalu wrote on Oct 31, '11
Assalamualaikum Sdr Emjay
Saya ingin bertanya, sekira seorang yang diserang gout adakah baik untuk dia berpuasa?
aaeshbe wrote on Dec 15, '11
Assalamualaikum,

Saya sekadar ingin berkongsi maklumat kerana saya pengidap gout dan pernah agak kritikal bila kedua-dua kaki saya bengak. Sakitnya memang masya allah, hanya Allah saja yang tahu. Adakala ketika bengkak, berdenyut-denyut langsung tak dapat tidur malam. Saya telah cuba mengelakkan banyak jenis makanan yang berpotensi menyebabkan gout, tapi agak susah juga kerana senarainya sangat panjang dan sentiasa bertambah. Saya dah cuba allopurinol, goutnil (colchicine), pain killer dan pelbagai lagi.

Ubat yang terbaik adalah mencegah dan sememangnya cara pencegahan terbaik dengan meminum banyak air masak. Minum air beralkali lagi bagus kerana punca gout asid urik tapi kosnya agak mahal. Setakat ini saya berjaya mengelakkan gout dengan mengamalkan body cleansing iaitu penyingkiran toksik dalam badan dan antara yang terbaik untuk pengidap gout adalah menggunakan produk Kinohimitsu koyok tampal kat kaki. Ada banyak koyok kaki jenama lain dengan harga jauh lebih murah dan boleh dicuba. Insya allah.
azamipoh wrote on Dec 26, '11
salam encil wmjayjb
azamipoh wrote on Dec 26, '11
Pencik emjayjb...boleh sy dapatkan alamat rumah encik.?...saya betul2 perlukan bantuan
junmyn wrote on Feb 15
Assalam en. emjay, sya baru disahkan dgn sakit gout berpunca dr asid urik 6.5...jadi sya ingin nak bertanya, apakah pemakanan ikan bole diambil..?
hady2902 wrote on Feb 26
salam,

Saya nak tanya ada cuka kurma blh dimakan oleh pesakit gout?Adakah keberkesanannya?Myk kelapa dara dimana boleh didapati?
Comment deleted at the request of the author.
syaharom88 wrote on Feb 26
Tuan emjayjb, saya memang pengidap gout, saya ingin bertanya jika ulam-ulaman seperti ulam raja, kacang botor dan pegaga dimakan bersama pencecah sambal belacan atau budu diperah asam limau, adakah ini boleh menyumbang kepada gejala sakit gout? Saya telah diberikan doktor ubat pembersih asid urik mengakibatkan saya cirit-birit dan muntah2. Saya lebih rela berpantang dari menghadapi akibat pemakanan ubat-ubatan ini.
onlinedoit wrote on Feb 28
Salam tuan emjay, kalau minum air bnyk tu bolehkah minum air mineral sebb sy pernah baca air mineral mengandungi bahan mineral yang perlu diproses oleh buah pinggang dan mungkin memberatkan buah pinggang atau minum air mcm mana, skang ada bermacam jenis air kosong termasuk air RO dan saya ada dengar juga air RO tak bagus utk kesihatan, dan ada juga air minuman dalam botol (tutup botol putih) yang tak tau jenis apa RO atau tapis biasa
onlinedoit wrote on Feb 28
Air mineral bagus diminum kerana mempunyai mineral yang diperlukan oleh badan.
Salam tuan emjay, kalau boleh minta kajian tentang jenis2 air kosong sekarang, air yng bertapis dan tak ditapis keburukan dan kebaikan.
azahar82 wrote on Apr 7
Assalamualaikum, emjayjb,
Apamah yg harus saya mkn utk rawat gout saya? Saya baru kena pertama kalinya sejak sabtu minggu lepas
Dan saya sudah ambik ubat dr, tetapi tidak ok gak, hari ni makin teruk, saya risau kerana 17hb april ni insya Allah saya akan menunaikan ibadat umrah, saya risau taku gout saya tdk hilang lagi. Saya juga ada masalh buah pinggang.
Apa yg perlu saya ambil utk merawat gout saya dengan segera sblm saya berangkat ke tanah suci?
Add a Comment
   

em

Assalamualaikum WBH kepada saudara seagama ku dan laknat Allah SWT kepada iblis dan pengikutnya

Link penting UTM:

1. UTM
2. Fakulti Pendidikan, UTM

Penjagaan buah pinggang

1. GOUT, punca dan ...
2.Makanan asasi saya ialah buah (oren sunkist) sayuran. .
3.Mudarat makan telur, merosak jantung, tembikai merosak buah pinggang.
4.Anda bakal menghadapi masalah...
5.Penyakit keturunan, ibu ayah diabetes..
6. Masalah buah pinggang, kencing manis (diabetes)....

Penyakit Gastrik

1. GASTRIK & ULCER PUNCA DAN RAWATAN alternatif
2.Alhamdulillah, rawatan melalui internet berkesan bagi kes gastrik!.

Penyakit Jantung

1. Tapak tangan basah atau lembab
2.Tapak tangan basah atau lembab bahg. 2
3. Kalau nak sihat, elakkan makan krimer (non dairy creamer)
4.Anda bakal menghadapi masalah yang sama sekiranya
5. Salah Doktor @ salah bomoh @ salah siapa????? Ia mungkin berlaku kepada anda!

Paru-paru / sistem pernafasan

1. Tapak tangan basah atau lembab
2.Tapak tangan basah atau lembab bahg. 2
3. Mandi malam dan minum air batu serta kesannya ke atas paru-paru.
4.Penyakit moden - penyakit berkaitan sistem pernafasan (PBSP)
5. Mandi malam dan minum air batu serta kesannya ke atas paru-paru.
6.Penyakit moden - penyakit berkaitan sistem pernafasan (PBSP)
7. Bukti bahawa penyakit lelah semput insya-Allah boleh sembuh
8.Anda bakal menghadapi masalah yang sama sekiranya ……..
9. Allergy (alahan) susu lembu – lain sakit lain ubatnya
10.Mandi malam dan air batu, nasihat kepada pemain badminton Malaysia

Batu Hempedu

1. Pengalaman membantu OYPD (orang yang perlu dibantu) untuk dikongsikan

Penyakit kuning, sembab, bengkak hati pada kanak-kanak

1. Penyakit kuning, sembab, bengkak hati pada kanak-kanak

Penyakit Buasir

1. Buasir, penyakit moden masa kini.


Syair Imam Syafie: "Berkatalah sesuka hatimu untuk menghina kehormatanku. Maka diamku dari orang yang menghina adalah suatu jawapan . Bukanlah ertinya aku tidak memiliki jawapan, tetapi tidak pantas bagi seekor singa melayani kerenah anjing-anjing". (Lihat Diwan al-Syafi'e).